Tular di TikTok mengenai seorang bekas pramugari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berkongsi pengalaman sepanjang menjalani latihan ketenteraan.
Pramugari bernama Zamira menceritakan bahawa pasukannya perlu menjalani latihan di darat, paya, dan laut.
Menurut Zamira, latihan di tiga kawasan berbeza itu bertujuan untuk menguji daya ketahanan mereka
sekiranya pesawat yang dinaiki mengalami kemalangan.
“Sebulan penuh saya duduk dalam hutan, tiada makan dan minum.
Dalam hutan, paya, dan laut… dilepaskan, pandai-pandailah. Seminggu di darat, seminggu di paya, dan seminggu di laut.”
“Kami ada enam perempuan dan selebihnya lelaki, dalam 15 orang.
Semasa di darat, tiga hari pertama mereka memberi makan, tetapi selepas itu makanan akan dicatu sedikit demi sedikit. Kemudian, sudah tiada makanan, pandai-pandai lah nak hidup.”
@zarulumbrellaofficial “Merasa Jugak Saya Makan Katak Kembung” Zamira bekas Pramugari VVIP TUDM @borakdalamgalley @CK Faizal @ZAMIRA RATU REMPAH ♬ original sound – Zarul Umbrella
Zarul dan pengacara CK Faizal terkejut apabila Zamira memberitahu bahawa dia pernah makan katak kembung di dalam hutan demi kelangsungan hidupnya.
“Paling teruk saya pernah makan adalah katak kembung.”
BACA: Pemimpin UMNO ajar Pas cara cepat jadi kerajaan bikin Bersatu sakit hati