Bekas perdana menteri didakwa miliki lebih 360 hartanah mewah di UK bernilai RM1 billion!

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Beliau turut membawa wartawan menyelami kediamannya di London, yang dilengkapi pawagam, gimnasium,

lif peribadi, dan tempat letak kereta bawah tanah yang selamat untuk kereta Rolls-Royce baharunya.

Unit siasatan organisasi berita antarabangsa, Al Jazeera, telah mendedahkan bagaimana seorang bekas menteri kerajaan dari Bangladesh,

Saifuzzaman Chowdhury, membina empayar hartanah bernilai setengah bilion dolar hanya dengan gaji AS$13,000 (RM55,000) yang diterimanya sebagai ahli politik.

Kekayaan luar biasa Saifuzzaman, yang juga sekutu rapat bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, didedahkan dalam dokumentari berdurasi 25 minit bertajuk “The Minister’s Millions.”

Bekas perdana menteri didakwa miliki lebih 360 hartanah mewah di UK bernilai RM1 billion!

Menurut laporan itu, Saifuzzaman didakwa membeli lebih 360 hartanah mewah di United Kingdom bernilai AS$250 juta (RM1 bilion). Kekayaan yang diperoleh Saifuzzaman menimbulkan persoalan kerana undang-undang mata wang ketat di Bangladesh hanya membenarkan rakyatnya membawa keluar AS$12,000 setahun dari negara itu.

Selain itu, peraturan kerajaan Bangladesh melarang menteri daripada memegang jawatan pengarah atau mendapatkan keuntungan daripada perniagaan swasta.

Siasatan Al Jazeera juga mendedahkan obsesi Saifuzzaman terhadap pengumpulan hartanah yang turut membawanya mengumpul aset di Dubai, New York, Singapura, dan Malaysia.

Saifuzzaman berbangga dengan hubungannya yang rapat dengan Sheikh Hasina. “Ayah saya sangat rapat dengan Perdana Menteri (Sheikh Hasina), sebenarnya, dan saya juga… dia bos saya… dia tahu saya ada perniagaan di sini (di Britain),” katanya.

Pembelian hartanah Saifuzzaman meningkat pesat pada tahun 2017 apabila beliau menubuhkan syarikat di UK, dan pertumbuhan perniagaannya semakin ketara pada 2019 apabila beliau dilantik sebagai menteri kerajaan.

Sheikh Hasina kini berada dalam buangan di India berikutan tindakan keras terhadap protes pelajar pada bulan Julai lalu, yang menyebabkan ramai menteri termasuk Saifuzzaman meninggalkan Bangladesh.

Pihak berkuasa Bangladesh kini menyiasat dakwaan bahawa Saifuzzaman telah melakukan pengubahan wang haram bernilai jutaan dolar di UK. Mereka juga membeku akaun banknya dan mengawal bank milik keluarganya, UCBL, untuk melindungi wang pendeposit.

Dalam satu penyamaran sebagai pelabur hartanah, wartawan Al Jazeera bertemu dengan Saifuzzaman di rumahnya di London bernilai AS$14 juta (RM59 juta).

Dalam pertemuan itu, Saifuzzaman berbangga bercakap tentang minatnya dalam membelanjakan ribuan dolar untuk mendapatkan kasut buatan tangan dan sut Itali yang ditempah dari kedai-kedai terkemuka di London.

Saifuzzaman memberitahu Al Jazeera bahawa semua hartanahnya dibeli dengan dana yang diperoleh melalui perniagaan sahnya di UK, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Amerika Syarikat.

BACA: Tiba-tiba umum tutup kedai dan berhentikan 150 pekerja, rupanya ini masalah yang dihadapi Tupperware