Bekas pelumba GP Malaysia hembus nafas terakhir

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pelumba terkenal Malaysia yang pernah mengharumkan nama negara di peringkat Asia dan antarabangsa meninggal dunia semalam.

Berita sedih dikongsi oleh adik Allahyarham, Elly Idzliaikmal Elias, melalui laman sosialnya.

“Selamat tinggal abangku #16. Semoga tenang di negeri abadi. Moga ditempatkan di syurga.

Tunggu kami di sana, abang. Nanti kita jumpa di sana,” kongsi Elly Idzliaikmal.

Allahyarham dikenali sebagai pelumba berbakat besar, dan mula mencipta nama di arena perlumbaan tempatan Cub Prix.

Bekas pelumba GP Malaysia hembus nafas terakhir

Dia berjaya meraih beberapa kejuaraan bersama pelbagai pengeluar, termasuk Yamaha, Honda, dan Suzuki. Pada tahun 2009, Allahyarham turut terpilih untuk menyertai program pencarian pelumba ‘wildcard’ negara di Grand Prix Malaysia.

Berdasarkan bakatnya, Allahyarham dipilih untuk menyertai program tersebut bersama Zulfahmi Khairuddin dalam kelas 125cc dengan pasukan Air Asia.

Selepas bersara daripada perlumbaan, Allahyarham menceburkan diri dalam bidang pengacaraan dan menjadi pengulas perlumbaan bersama Cub Prix.

Selain itu, beliau juga menulis buku autobiografi berjudul Evolusi Elly: Daripada Rempit Kepada Juara yang diterbitkan pada tahun 2010.

Jenazah Allahyarham dilaporkan telah dihantar ke Hospital Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat bagi menentukan punca kematiannya.

BACA: ‘Orang suruh belajar kau main-main, pergi merempit’ Individu sekolahkan bekas pekerja Speedmart