Bekas pekerja dedah taska pengotor, satu tuala kongsi untuk semua budak

Oleh DAHLIA MARZUKI

Seorang bekas pekerja di sebuah taska terletak di Sungai Buloh, Selangor, berjaya mencuri perhatian ramai selepas membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Menerusi satu hantaran di platform X, wanita itu mendakwa pusat jagaan berkenaan langsung tidak menjaga kebersihan melibatkan persekitaran dan pengurusan harian.

Dedah bekas pekerja terbabit, pusat jagaan yang turut mengambil bayi sebagai anak asuhan itu juga tidak menghiraukan aspek keselamatan dan juga kesihatan mereka.

“Kamu semua nak ke hantar anak dekat taska di Sungai Buloh ini? Bayarlah sampai RM400 hingga RM500 lebih sebulan.

Tetapi bayi seawal enam bulan berkongsi satu sudu dan satu mangkuk dengan budak lain beramai-ramai.

Bekas pekerja dedah taska pengotor, satu tuala kongsi untuk semua budak

“Tuala juga ibu bapa sudah sediakan. Tetapi mereka kongsi satu tuala untuk semua budak. Kain buai juga sudah bertukar warna kelabu dengan kesan koyak dan bau hancing.

“Aku kerja selama enam hari sahaja pun sudah tak sanggup nak tengok. Basuh botol bayi pakai span pencuci pinggan. Kemudian span sama juga mereka guna untuk cuci singki,” bongkar bekas pekerja tersebut.

Menurut wanita terbabit, para pengasuh yang berkerja di pusat jagaan tersebut turut diberikan gaji bawah tetapan kadar gaji menimum iaitu RM1200 setiap bulan sahaja.

“Gaji RM1200. Daripada bayi yang tiada simptom ekzema, tiba-tiba (selepas hantar taska) terus macam-macam kena.” Bongkar bekas pekerja itu dalam hantaran sama.

Susulan perkongsian itu tular, bekas pekerja dikatakan turut menerima ugutan dari pihak taska melalui pesanan secara terus (DM) untuk memadam hantaran tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menyelar tindakan taska yang tergamak mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan anak asuhan mereka.

Ramai juga berharap pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut dan mengenakan tindakan sewajarnya agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di pusat jagaan lain.

BACA: Bakal menantu dah ‘offer’ hantaran RM20K, sekali ayah mentua minta diskaun pula ini puncanya