Bekas Naib Ketua Pemuda parti politik dituduh liwat, amang seksual

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Bekas Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik di Mersing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini

atas sembilan pertuduhan melibatkan amang seksual fizikal dan liwat terhadap enam remaja lelaki antara tahun 2017 hingga Mac lalu.

Tertuduh, Zuraidi Mazlan, 37 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan sejurus pertuduhan dibacakan kepadanya.

Berdasarkan pertuduhan, Zuraidi didakwa atas tujuh pertuduhan amang seksual fizikal terhadap

Empat remaja lelaki berusia 14, 15, dan 16 tahun di Perumahan Nelayan Kampung Penyabong, Mersing.

Bekas Naib Ketua Pemuda parti politik dituduh liwat, amang seksual

Pertuduhan ini dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Selain itu, Zuraidi turut menghadapi dua pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii. Pendakwaan ini dibuat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Mahkamah menetapkan 11 Disember sebagai tarikh sebutan untuk serahan dokumen dan pelantikan peguam.

BACA: Bukan sahaja sedap bila jadi bahan masakan, tak sangka! rupanya kari boleh elak timbul uban