Bekas kekasih Safawi, Anim Ezati sah bercerai dengan suami

Bekas kekasih Safawi Anim Ezati sah bercerai dengan suami

Bekas kekasih Safawi, Anim Ezati sah bercerai dengan suami. Selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga, pengacara Anim Ezati mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Mohd Fadli Sahudin sudah menemui titik noktah.

Jodoh tidak panjang

Ketika dihubungi OhBulan!, Anim menyatakan dia sudah bercerai sejak awal tahun. Namun kata Anim, dia terpaksa merahsiakan berita perpisahan itu selama beberapa bulan bagi menghormati permintaan bekas suami.

Alhamdulillah untuk dua tahun yang Allah izinkan untuk bersama dalam perkahwinan dan hadiah yang paling berharga, anak perempuan kami.

Bekas kekasih Safawi Anim Ezati sah bercerai dengan suami

Kini, saya dan bekas suami tidak lagi bersama. Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda.

Jodoh kami sampai di sini sahaja. Demi mengelakkan sebarang fitnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini.

Kalau boleh, saya tak nak langsung kongsi perkara tak best macam ini. But I have to.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Anim Ezati Rizki (@anim.ezati)

Tambah Anim, 30, dia dan bekas suami masih berkawan baik demi membesarkan puteri tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom.

Hak penjagaan anak sepenuhnya kepada saya. Hubungan saya dengan bekas suami dalam keadaan baik.

Kami tidak bermusuhan. Kami sekarang co-parenting dalam membesarkan Khalsom.

Tak mudah bergelar ibu tunggal

Dalam pada itu, pemilik nama Anim Ezati Rizki Mohd Khalid mengakui tidak mudah untuk menempuh fasa sebagai ibu tunggal.

Menjadi ibu tunggal tidak pernah mudah. Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana.

Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara. Terima kasih di atas sokongan kalian dan doa yang dititipkan selama ini.

Pada 28 Disember 2019, Anim mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadli Sahudin.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia dua tahun.

BACA:

“Kami sedang usaha kabinet ini tidak tahan lama” – Shahidan

Rafizi akhirnya bersuara sebab Anwar jadi Menteri Kewangan

Usia 104 masih jadi nelayan, ramai kagum tengok makcik tua ni

CATEGORIES