“Bekas kakak ipar aku biar je anak dia kena pukul dengan suami baru, bila abang aku dah kaya balik, dia mula

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Walaupun sudah bercerai dan berkahwin lain, ibu bapa perlu sedar akan tanggungjawab anak bersama bekas pasangan.

Bukan lepas kahwin hanya tahu minta nafkah tapi kebajikan anak langsung tidak terjaga tapi duit nak kena masuk selalu.

Seorang wnaita berkongsi kisah mengenai situasi abang dan bekas kakak iparnya di Facebook.

“Bekas kakak ipar aku biar je anak dia kena pukul dengan suami baru, bila abang aku dah kaya balik, dia mula

“Aku nak minta pendapat berkaitan abang aku, patutnya luah kat Kisah Rumah Tangga (krt), tapi aku lg suka luah kat sini, memandangkan aku bujang lagi.

Macam ni, abang aku ni kahwin dari tahun 2008, ada anak dua orang, dulu abang aku orang yang berada jugalah walaupun tak kaya, perniagaan sebulan sampai RM50k income.

Bisnes halal ok. Dulu rumah tangga abg aku bahagia cuma silapnya jahil agama. Suami isteri hanyut, bahagia tapi jahil, suami isteri sama saja, suka enjoy suka mabuk. Tapi masa kaya mereka saling setia.

Dipendekkan cerita, masa tahun 2019 bisnes abang aku down disebabkan covid, semua bisnes tak jalan, hutang keliling pinggang.

Lost total. Masa tu dan terhidu kalau isteri dia kenal lelaki lain, keluar rumah tanpa izin, buat ikut suka hati dengan alasan suami miskin dan tak mampu beri apa dia nak.

Isteri dia asyik nak bercerai, tapi abang aku nak pertahankan rumah tangga demi memikirkan anak walaupun masa tu isteri dia memang tak peduli pada anak sekali.

Pada tahun 2020 lagi menyedihkan, isteri dia curang depan-depan abang aku. Balas chat lelaki depan abang aku, makin rancak keluar suka hati.

Masa tu abang aku pula tersuka kawan aku yang aku sebut S, kawan aku pun suka juga pada abang aku memandangkan masa tu abang aku masih suami orang, kawan aku terpaksa pegi dan bernikah dengan lelaki lain ( Alhamdulillah S pun dan bahagia).

Dua tahun abang aku masih pertahankan rumah tangga Akhirnya berpisah juga, pada awal tahun 2023 mereka sah bercerai talak satu.

Habis je iddah, bekas kak ipar aku terus nikah dengan lelaki kaya. Masa mula-mula bercerai, dia merayu kalau nak dapat hak jaga anak sedangkan makamah dah tentukan hak jaga anak jatuh ke tangan abang aku.

Tapi abang aku mengalah, kalau tu dia nak, tak pa dia jaga saja. Sama-sama ganti jaga.

Selepas dia nikah, anak-anak abang aku mengadu kalau mak mereka dah tak peduli pada mereka.

Kadang-kadang yang bongsu selalu dipukul oleh ayah tirinya dan mak mereka tak peduli. Ya Allah, sebagai ibu saudara, aku menangis dengar luahan mereka sedangkan mereka budak baik, budak pandai, ujian exam semua A.

Banyak bakat yang mereka ada,anak dia dah agak besar, sorang 13 tahun dan sorang lagi dah 9 tahun, kedua-dua lelaki yang tahu berdikari.

Ok lepas dia dah hidup bahagia dengan suami baru, dia mengadu pada abang aku, dia dah tak larat nak jaga anak, dia nak minta nafkah di naikkan daripada RM6k ke RM10k.

Sebab dia nak upah Maid, korang bayangkan dua anak yg dah besar dia nak nafkah RM10k? Dia kata tak kuat jaga anak sorang2 sedangkan anak tu dah besar panjang dan reti berdikari.

So aku cakap pada dia, kalau dah tak larat nak jaga, biar aku je jaga memandangkan aku pun single je umur dan 33 tahun, lg pun aku sayang sangat kat anak buah aku ni.

Dari kecil aku selalu juga jaga mereka sebab mak bapa busy selalu enjoy masa tu, senang hati dan rela hati dia nak beri anak dia pada aku.

Sekarang budak ni duduk dengan aku, mereka lagi happy duduk dengan aku, aku pun suka mereka, comel, bijak pandai, tahu berdikari.

Walaupun yang bongsu pandai menangis sebab rindu mak dia. Tapi lama-lama rindu tu jadi marah bila mak dia macam nak tak nak je call anak dia.

Sekarang aku dah buat surat peguam kalau satu hari nanti mak dia tidak akan tuntut anak-anak dia sebab aku nak jadikan budak ni ank angkat secara sah.

Mereka dua ni setuju, mak dia pun setuju, aku tak nak nanti tetiba dia menyesal dan rampas balik budak ni, sebab dia yg taknak. Kalau tiba berubah, kita jumpa dekat mahkamah.

Satu masalah sekarang. Masa abang aku down, abg aku tak beri nafkah anak selama tiga bulan, pada tarikh 4 Mei, 4 Jun, dan 4 Julai. Semuanya Ada 18k.

Pada bulan Ogos, September Oktober abang aku ada bayar tapi RM6k saja setiap bulan, sekarang dia minta hutang nafkah abg aku yang RM18k tu.

Sedangkan masa tu abang aku tak ada duit langsung, dia jaga anak tigs bulan tanpa nafkah sedangkan masa cerai dia dah tuntut macam-macam termasuk rumah dan kereta.

Sekarang anak-anak ni, aku dah ambil, bisnes abang aku pun dah mula naik balik. Senang cakap, semua dah berjalan dengan lancar, dia pula mula cari abang aku.

Tagih nafkah yan RM18k. Katanya selama tiga bulan abg aku tak bagi nafkah, dia terpaksa korek tabung sendiri untuk besarkan anak padahal anak mengadu kalau mak dia tak peduli pada mereka.

Selalu marah dan kadang suami dia pukul anak dia sendiri. Perlu ke abg aku bayar balik RM18k tu? Katanya kalau tak bayar, dia akan buat report.

Masalahnya budak tu sekarang dah ada dengan kami. Aku nasihatkan abg aku jangan bayar, biar saja dia.

Tapi abg aku kata tu tanggungjawab dia. Lagipun rezeki abg aku dah makin mencurah curah.” ujarnya.

Baca juga:“Suamiku seorang yang baik, masalahnya bekas kekasihku mula menagih kasih, akhirnya kami bertemu semula”