“Bekas isteri ke 3 suami tiba-tiba ajak berbaik, hancur hati aku bila tahu niat sebenar dia”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang wanita bergelar isteri mula merasakan dirinya membuat keputusan yang salah dalam memilih teman hidup selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Hasrat wanita itu untuk berpisah semakin membuak-buak apabila punca penceraian suaminya bersama bekas isteri akhirnya terbongkar setelah sekian lama berkahwin.

Bayangkan, wanita tersebut baru mengetahui bahawa bekas isteri kepada suaminya itu pernah menjadi mangsa fitnah keluarga mentua sehingga mereka bercerai-berai.

“Bekas isteri ke 3 suami tiba-tiba ajak berbaik, hancur hati aku bila tahu niat sebenar dia”

Nekad mahu memperbetulkan semula keadaan, berikut perkongsian sang isteri yang membuat keputusan untuk berkorban demi kebahagiaan suami dengan wanita lain.

“Saya berumur 29 tahun, mendirikan rumah tangga pada lima tahun lalu. Sebelum berkahwin, saya ada buat silap. Saya berkawan dengan seorang lelaki tanpa mengetahui bahawa dia suami orang. Dia tinggal di Utara tetapi seringkali ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan. Kawan yang kenalkan.

“Kawan saya tahu dia suami orang. Tetapi mereka rahsiakan atas permintaan lelaki itu. Akhirnya dapat tahu apabila isteri dia telefon dan bertanya soal hubungan kami.

Saya mengakui yang saya tidak tahu dia sudah beristeri. Saya terus putuskan hubungan kami. Lagi-lagi setelah saya tahu isterinya hamil empat bulan.

“Selepas kami putus, dia semakin mengila. Dia bergaduh dengan isterinya. Saya tak dapat bantu apa-apa selepas isterinya Whatsapp bercerita pasal masalah mereka.

Saya tahu, semua berpunca sebab saya bercinta dengan suami dia. Lelaki itu hari-hari ulang alik ke Kuala Lumpur. Cari saya di tempat kerja sebab tak jawab telefon.

“Saya orang bekerjaya. Jadi saya malu dan ambil jalan untuk berbincang lelaki itu secara baik. Saya minta dia lupakan hubungan kami tanpa bergaduh.

Saya tidak mahu dia lepaskan isterinya hanya kerana saya. Selepas berpisah, saya tidak lagi berhubung dengan lelaki itu atau isterinya.

“Tetapi dia datang semula ketika isterinya hampir nak bersalin dan beritahu saya mereka nak bercerai. Katanya hubungan mereka bermasalah kerana isterinya tidak baik dengan keluarga.

Nenek lelaki itu siap cerita kepada saya yang isteri dia beri minum darah haid. Lelaki itu juga bersumpah yang nenek dia berkata benar.

“Saya takut ini fitnah untuk lelaki itu dapatkan saya. Lelaki itu siap bawa saya jumpa keluarga dia untuk dapatkan kepercayaan. Dia kata nak jalani hidup bersama saya.

Dia larang berhubung dengan isterinya kerana bimbang akan diganggu secara halus. Saya pula bodoh percayakan kata dia dan keluarganya.

“Dia kata isterinya sendiri yang minta berpisah dan failkan cerai selepas bersalin. Dia minta jangan campur urusannya dengan isteri.

Lelaki itu kemudian ceraikan isterinya ketika anak mereka empat bulan. Kami berkawan semula dalam setahun sebelum berkahwin. Saya seorang wanita yang tegas dan komitmen pada kerjaya.

“Tetapi kini saya telah berubah menjadi seorang yang mengikut telunjuk suami. Saat menikah, saya langsung tidak mengalirkan air mata. Setelah berkahwin, mentua mula tunjuk belang meminta itu ini. Sekejap-sekejap jumpa bomoh, jumpa orang ‘pandai’. Saya mula syak yang bukan-bukan.

“Pada saya, orang yang mengamalkan perkara syirik tidak layak menghakimi orang lain seperti yang mereka lakukan kepada isteri suami dahulu.

Saya cuba hubungi bekas isteri dia tetapi tidak berhasil kerana telah tukar nombor. Suami juga enggan beri maklumat mengenai tempat tinggal atau tempat kerja isterinya dahulu.

“Tiba-tiba saya terjumpa botol yang sangat kecil di dalam dompet suami. Botol itu berisi minyak dan helaian rambut. Saya terkejut sangat.

Saya rasa ini memang ada kaitan dengan suami. Saya sudah mimpi yang bukan-bukan dari hari pertama nikah. Saya juga mimpi isteri pertama suami dan anak-anaknya.

“Seluruh keluarga mentua sentiasa memburukkan isteri pertama suami kepada saya setiap masa. Tetapi saya sudah tidak percaya setelah mengenali mereka yang seperti orang syirik.

Saya terus cari bekas isteri suami. Di Facebook juga tak jumpa. Mungkin dia block saya. Akhirnya satu masa dia telefon suami kerana anak sakit.

“Saya pun hubungi isteri suami itu. Tetapi dia marah dan tidak mahu berbaik dengan saya. Saya faham. Saya beralah dan biarkan.

Satu hari bekas isteri suami mesej saya semula ingin membetulkan keadaan. Alhamdulillah, saya gembira dan berbesar hati. Kami mula berhubung setiap hari sampai jadi sangat rapat.

“Hampir setahun kami berkawan macam adik-beradik. Mulanya keluarga mentua tak tahu. Tetapi bila dapat tahu mereka sangat marah. Saya diamkan.

Saya bawa suami jumpa ustaz untuk tengok sama ada betul ke pernah jadi macam keluarga mentua beritahu. Ustaz beritahu bekas isteri suami tidak pernah buat perkara buruk itu.

“Terkedu aku mendengar. Selama ini suami hidup dalam fitnah. Dia ceraikan isteri dan tinggalkan anak kerana dengar cakap neneknya. Saya sangat marah.

Sewaktu perjalanan balik, suami menangis. Dia seperti teringat dan rasa berdosa kepada anak-anak dan isterinya. Akhirnya aku beritahu bekas isteri dia tentang kejadian itu.

“Aku minta maaf wakil untuk suami pada dia. Bekas isteri suami menangis, tak sangka seburuk itu keluarga mentua anggap dia. Semakin hari kami semakin rapat seperti satu keluarga. Saya kemudian selalu mimpi suami ada dengan bekas isteri dia. Suami cakap itu hanya perasaan dan mainan mimpi.

“Satu masa Allah nak tunjuk, saya masa itu pegang telefon bimbit suami. Bekas isteri dia telefon. Rasa pelik sebab selama ini urusan kecil sampai besar bekas isteri suami akan beritahu saya. Saya cuba bertenang. Kemudian saya terfikir kenapa bekas isteri suami tak pernah ajak ke rumah dia.

“Sedangkan dia setiap minggu tidur di rumah saya. Alamat rumah dia tak pernah beritahu atas macam-macam alasan. Tetapi saya perasan setiap hari Isnin, bekas isteri suami selalu ada hal ‘penting’.

Saya tak ambil kisah, mungkin sebab kerja. Tetapi saya perasan dia balik kampung jenguk mak dan ayahnya setiap hari Isnin.

“Bila saya tegur, dia kata itu tangungjawab. Saya pernah balik ke kampung suami cari dia, tetapi tiada. Dia cakap pergi jogging. Satu hari ketika kami keluar, ada mesej dari bekas isteri dia dalam telefon tanya balik ke tak. Saya terkejut. Kami bergaduh. Suami mati-mati bersumpah cakap tak tahu.

“Bekas isteri dia senyap, tak jawab-jawab. Tak lama dia hubungi ajak jumpa. Bekas isteri mengaku mereka sebenarnya hanya bercerai beberapa jam sahaja.

Mereka rujuk selepas keluar mahkamah. Ya Allah, saya terkejut dan rasa tak keruan. Kawan yang ditatang macam kakak sendiri dan suami yang disayangi tipu saya hidup-hidup.

“Kenapa suami tergamak melakukan semua ini. Kalau memang nak hidup dengan isteri dia, tak perlulah menikah dengan saya. Kami dulu sudah berbincang untuk putuskan hubungan pun masa itu. Isteri pertama cerita yang suami larang dia berhubung dengan saya dan rahsiakan semua ini.

“Bekas isteri dia cakap mulanya setahun suami tak jenguk dia. Kemudian tiga bulan sekali sehingga sebulan kali. Baru-baru ini suami tidur di rumah dia. Itu pun sejam tak sampai kerana bimbang saya tahu.

Suami beri 50 ringgit pada dia setiap kali datang. Isteri pertama kata dia harus terima sebab itu nafkah dari suami dia.

“Saya mengamuk pada suami dan beritahu keluarga mentua. Mereka marah dan sanggup nak bayar bomoh RM300 nak buat sampai isteri pertama suami mati.

Saya sangat marah kerana tak minta sampai nak ambil nyawa orang. Saya jadi bertambah hilang hormat pada mereka, apatah lagi pada suami.

“Saya sudah tawar hati kepada suami. Saya tak mampu bermadu dengan isteri pertama. Saya sayangkan dia sebagai kakak, bukan madu.

Sehingga ke saat ini saya masih fikir adakah benar mereka rujuk selepas cerai atau selepas suami dibawa jumpa Ustaz. Saya tak mampu tanya lebih.

“Saya sentiasa mengharapkan suami melepaskan dengan cara baik kerana tak mahu berdendam. Saya mahu dia jaga isteri pertama dan anak-anak sehingga akhir hayat

. Mereka dah banyak terseksa dan terluka. Saya tak mahu sampai gunakan undang-undang (tuntut cerai) kerana mahu menjaga aib suami.” Luahnya.

Perkongsian wanita tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman luahan atas talian.

Baca juga: Wanita kecewa peniaga jual laksa ‘ceroi’ tak setanding harga, macam makan sup kosong