Bekas isteri Hafiz Roshdi lancar perang, lain pula jadi bila rahsia besar didedah

Oleh DAHLIA MARZUKI

Kontroversi yang melibatkan Hafidz Roshdi masih belum reda apabila bekas isterinya mendedahkan perbualan lucah

antara aktor tersebut dengan seorang wanita yang dipercayai sebagai pihak ketiga dalam rumah tangga mereka sebelum ini.

Nurul Shuhada, 30 tahun, memuat naik tangkapan skrin perbualan tersebut di akaun Instagramnya yang diterima daripada wanita berkenaan sebagai bukti bahawa hubungan mereka adalah serius.

Shuhada menjelaskan bahawa perbualan lucah tersebut berlaku sekitar Januari tahun lalu dan menjadi sebab utama keputusannya untuk memohon penceraian daripada Hafidz.

“Diberi oleh si pelakor sendiri untuk membuktikan keupayaannya memuaskan ‘si polan’.

Bekas isteri Hafiz Roshdi lancar perang, lain pula jadi bila rahsia besar didedah

Ini sebabnya saya minta cerai! Saya terima bukti ini untuk menunjukkan betapa seriusnya hubungan mereka,” katanya.

Shuhada memuat naik bukti perbualan itu pada Rabu menerusi akaun Instagramnya.

Dia juga mendedahkan bahawa tindakannya ini adalah akibat kesabaran sudah mencapai hadnya terutama apabila ibunya turut terlibat dan malu akibat situasi tersebut.

“Saya sabar 18 bulan! Anda yang memulakan, jadi sila fikirkan. Saya menepati janji untuk tidak mula menceritakan hal ini jika tidak disebarkan oleh pihak lain.

“Oleh itu, kerana ibu saya terlibat dalam perkara ini, saya tidak akan duduk diam. Jangan ceburi sarang tebuan! Anda menyentuh saya? Ok! Anda sentuh ibu dan anak-anak saya, kita jumpa di mahkamah,” ungkapnya.

Shuhada menambah bahawa dia mendedahkan perbualan lucah tersebut kerana Hafidz merupakan pihak yang memulakannya. Selain perbualan itu, dia turut memiliki bukti rakaman audio dan pengakuan dari pasangan tersebut.

“Tidak sabar untuk membongkar semuanya. Untuk anda, bersedia. Ini adalah peperangan. Mahkamah atau tidak, saya tidak kisah. Anda memulakan ini. Jadi, hendak dengar yang mana dulu? Perbualan antara penipu dan pelakor atau rakaman suara? Anda pilih,” katanya.

Sebagai catatan, Shuhada dan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30 tahun, berkahwin pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023. Mereka mempunyai dua orang anak, iaitu Humairah, 7 tahun, dan Umarr, 4 tahun.

Hafidz kemudian berkahwin dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu.

BACA: “Asal pejam mata je aku nampak lelaki tu, aku meracau, aku nak kahwin dengan laki tu padahal aku dah bertunang, rupanya aku..”