Bekas BOD NAFAS sekolahkan menteri PN tentang kawalan harga ayam

Bekas BOD NAFAS sekolahkan menteri PN tentang kawalan harga ayam

Menteri standard pinggan mangkuk tidak tahu mengawal harga pasaran ayam.

Sebagai bekas BOD NAFAS yang menjaga industri ayam , saya rasa nak jelaskan berkenaan harga pasaran ayam.

Peringkat awal PKP dilaksanakan permintaan ayam merudum, kerana semua restoran, hotel tutup dan tiada majlis kenduri atau majlis rasmi. Harga ayam di ladang bawah RM 3. Penternak mengalami kerugian. Tetapi harga di pasaran masih RM 6. Peniaga masih untung tetapi permintaan rendah.

Ekoran dari itu penternak mengurangkan pengeluaran. Bekalan anak ayam dikurangkan 40% . Supaya harga dapat dipulihkan. Bila PKPB dibuka dan musim perayaan, permintaan ayam meningkat semula. Harga ayam melambung tinggi.

Malangnya Menteri standard pinggan mangkuk. Sepatutnya telah bermesyuarat dua bulan lepas untuk memastikan bekalan mencukupi. Panggil persatuan penternak untuk memastikan jumlah ayam di ladang. Tempoh masa menternak ayam ialah 32 hingga 36 hari.

Satu hari keperluan ayam lebih kurang 1juta ekor dan meningkat 2 juta ekor di musim perayaan. Jika jumlah ayam di ladang tidak mencukupi, arahkan FAMA untuk mengimport ayam halal dari luar negara. Tak kiralah dari Thailand, Cina atau Brazil Yang pasti halal.

Inilah standard Menteri pinggan mangkuk Harap elaun banyak tak reti kerja.
Akhirnya rakyat yang susah, berbelanja dengan lebih mahal.

Sumber:

COMMENTS