Beg tangan mewah edisi terhad TokTi curi tumpuan, bila siasat rupanya

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi menjadi sorotan ramai

selepas kehadirannya ke majlis ulang tahun perkahwinannya yang ke 18 bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Dalam majlis itu, TokTi kelihatan anggun dengan busana labuh berwarna jingga sambil menggayakan sebuah bag tangan berwarna putih.

Namun apa yang menarik perhatian adalah beg tangan milik TokTi dikatakan dari edisi terbatas sebuah jenama mewah.

Hasil siasatan netizen, beg tangan itu adalah jenama Louis Vuitton dan ia sudah berusia 18 tahun!

Beg tangan mewah edisi terhad TokTi curi tumpuan, bila siasat rupanya

Beg Louis Vuitton edisi terhad Les Extraordinaires Tupelo GM dari koleksi Spring/Summer 2006.

Mereka juga mengatakan ia adalah antara barang hantaran yang diterima beliau pada majlis pernikahannya bersama Datuk K, 18 tahun lalu.

Perkara tersebut membuatkan ramai teruja kerana TokTi masih menyimpan dengan beg dari 2006 itu.

Imbas kembali, Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 4.

Baca juga: “Adik ipar menumpang rumah kami tapi dia macam boss besar pula! Akhirnya terbongkar kegiatan dia