Fenomena Fattah Amin nampaknya masih berterusan hingga kini. Setelah berjaya meraih keuntungan besar melalui jualan daging perap
Kali ini Fattah sekali lagi mencatatkan kejayaan apabila baju-T edisi terhad yang dijualnya habis terjual dalam hanya 22 saat melalui sesi ‘live’ di aplikasi TikTok.
Sesi jualan itu diadakan sempena promosi 11.11 yang aktif dijalankan oleh para usahawan dalam talian.
Ramai peminat yang kecewa kerana tidak sempat membeli baju edisi khas tersebut.
Seorang netizen meluahkan rasa tidak puas hati, “Aduh, baru nak beli untuk suami. Mana tahu kalau suami pakai, ada aura macam Fattah Amin.
” Sementara itu, seorang lagi netizen pula berkata, “Tak sempat nak beli, tunggu beg kuning dibuka, sekali terus sold out!”
Lebih lucu lagi, disebabkan terlalu teruja untuk mendapatkan baju tersebut, ada pembeli yang tersilap memilih saiz. “Semalam punya sibuk nak rebut beli, sampai tersalah pilih saiz S,” komen seorang netizen.
Meskipun begitu, ramai peminat yang mengagumi kesungguhan Fattah dalam mencari rezeki. Ada juga yang mendoakan agar Fattah berjaya menjadi usahawan seperti Khairul Aming suatu hari nanti.
“Bersungguh Fattah cari pendapatan. Semoga rezeki semakin murah untuk Fatima,” kata seorang peminat.
Sebelum ini, Fattah pernah menerima komisen sebanyak RM90,000 hasil jualan daging perap.
Namun, beliau memilih untuk tidak mengambil komisen tersebut dan meminta agar syarikat yang terlibat menyumbangkan keseluruhan jumlah itu ke masjid untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
BACA: