Bayi beku disimpan dalam peti ais hospital, ini kepentingan ‘buku pink’ confirm nurse tak jadi singa

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Kes tragis melibatkan mayat seorang bayi yang didakwa ditahan di sebuah hospital bersalin sehingga membeku benar-benar mengundang rasa simpati orang ramai.

Pelbagai spekulasi dan tanggapan timbul selepas beberapa pendedahan berlaku oleh pelbagai pihak.

Antara perbincangan hangat adalah mengenai keadaan bayi tersebut yang dilahirkan dengan sindrom Cyclopia dan meninggal dunia selepas kelahiran.

Cyclopia adalah keadaan jarang berlaku yang disebabkan oleh kelainan kromosom atau genetik yang berlaku secara spontan. Sindrom ini menyebabkan bayi dilahirkan dengan satu mata sahaja.

Kes ini menarik perhatian seorang pengamal perubatan, Dr. Yazeed Hair Johari, yang turut menghantar hantaran

Bayi beku disimpan dalam peti ais hospital, ini kepentingan 'buku pink' confirm nurse tak jadi singa

Di Facebook untuk meningkatkan kesedaran tentang Cyclopia dan pentingnya penjagaan kandungan bagi mengesan masalah ini lebih awal.

Dr. Yazeed menjelaskan bahawa Cyclopia boleh dikesan melalui ujian ultrasound yang mampu mengenal pasti tanda-tanda awal seperti satu mata, kecacatan otak, dan organ dalaman.

Jika tanda-tanda ini kurang jelas, Fetal MRI akan dilakukan untuk pengesahan lanjut. Beliau menekankan pentingnya ibu mengandung membuka “buku pink” sejak awal kehamilan bagi memastikan pemeriksaan kesihatan kandungan dijalankan secara optimum.

Beliau juga menyatakan bahawa Cyclopia sangat jarang berlaku, dengan kadar kejadian 1 dalam 100,000 kelahiran, dan kebanyakan bayi yang dilahirkan tidak dapat bertahan lama, seperti kes di Jordan di mana bayi hanya hidup selama lima jam.

Pemeriksaan awal membolehkan doktor menjelaskan keadaan bayi kepada ibu, supaya ibu lebih bersedia dan tidak panik apabila bayi dilahirkan. Keputusan untuk meneruskan kandungan pula bergantung kepada penilaian pakar.

Sebagai tambahan, masa terbaik untuk membuka buku pink adalah sebaik sahaja kehamilan disahkan, dan idealnya sebelum trimester pertama tamat.

Buku pink ini merekodkan maklumat penting seperti tarikh lahir bayi, berat kelahiran, imunisasi, dan perkembangan bayi.

Kesimpulannya, jangan berlengah untuk membuka buku pink kerana ia sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.

BACA: Mak berniqab sibuk pilih baju, buat tak nampak anak sendiri buli bayi 8 bulan