‘Bayangkan ajal dah sampai pun tak dapat tengok wajah Bilal’, Neelofa belanja lagi. Sememangnya ramai yang menantikan untuk melihat wajah anak anak lelaki kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Muhammad Bilal.
Dukung Bilal ‘sado’
Terbaharu, usahawan terkenal ini memuat naik foto sedang mendukung Bilal yang kini berusia sembilan bulan di Instagram (IG) miliknya.
Lihat siaran ini di Instagram
Biarpun masih belum menunjukkan wajah Bilal sepenuhnya, entri tersebut tetap mencuri perhatian rakan artis dan warganet.
Bekas hos program MeleTOP itu turut menulis kapsyen ringkas iaitu, “Bilal ummi sayang (emoji love).”
Tak lenguh ke?
Di ruangan komen, rata-rata peminat lagi sekali teruja melihat perkembangan Bilal yang semakin membesar dan dikatakan seperti ‘anak mat saleh’ kerana memiliki kulit yang putih serta berambut perang.
Melihat kepada lengan dan peha Bilal yang berketak, pengikut beranggapan pelakon berumur 33 tahun itu semestinya berasa mengah dan lenguh.
Namun, ada juga netizen yang sedih apabila juara Dewi Remaja 2009/10 enggan berkongsi wajah anaknya kepada umum.
Sebelum ini, Neelofa menjelaskan dia masih belum mahu mendedahkan wajah Bilal kerana mendakwa belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).
Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
BACA:
Dakwaan guru dikerah hadir taklimat pilihanraya, akhirnya Menteri buka mulut
Tak putus asa kalah saman fitnah dengan Mujahid, Dusuki rayu lagi
Ecuador bakal disingkir dari Piala Dunia hanya kerana seorang pemain ini