Bawa staff bercuti 5 hari di Langkawi undang pujian netizen, sekali lagi nama Khairul Aming jadi fenomena.
Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming menerima pujian orang ramai apabila dia telah menutup kilang perniagaan sambal miliknya
kerana mahu membawa semua pekerja membeli baju raya selain memberikan bonus kepada mereka.
Bercuti di Langkawi
Terbaharu, Khairul Aming sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila dia menutup kilangnya selama lima hari untuk membawa kesemua 60 orang stafnya bercuti di sebuah pusat peranginan popular, Langkawi.
Menerusi hantaran di Instagram, usahawan berusia 31 tahun itu berkata dia telah menyediakan segala persiapan bercuti kepada stafnya termasuk menginap di hotel lima bintang dan melakukan pelbagai aktiviti seperti menaiki jetski, meneroka gua serta snorkelling.
Malah, dia turut menyewa sebuah kapal jenis ‘yacht’ untuk menyaksikan matahari terbenam.
Tidak hanya itu, pemilik nama penuh Khairul Amin Kamarulzaman itu juga memberikan wang belanja kepada pekerjanya untuk ‘shopping’.
Reaksi netizen
Seperti dijangka, perkongsian tersebut akan menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-rata memuji sikap Khairul Aming.
Malah, ada yang berseloroh mengatakan Khairul Aming telah melanggar ‘hukum majikan’ apabila dia dilihat terlalu baik dan sering membuat pekerjanya gembira.
Dalam pada itu, ramai juga yang meninggalkan komen lucu apabila mereka berseloroh bertanyakan masih adakah kerja kosong di kilang sambal milik usawahan itu.
BACA:
Didakwa wujud usaha kerajaan negeri Perak bakal runtuh, sekali MB Perak buka mulut
Gadis ini tiba-tiba batalkan perkahwinan pada saat akhir, rupanya kekasihnya seorang lelaki ‘fake’