‘Bawa banyak mana pun, soft cookies habis tiap hari’ Budak darjah 6 raih pendapatan sehari RM300

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Kegembiraan seorang pelajar darjah 6 menjual soft cookies di sekolah terganggu selepas mendapat halangan daripada ketua pengawas.

Menerusi perkongsian Facebook Huspalita Hussain Arif, beliau menceritakan pengalaman anak perempuannya

Dia yang berusia 12 tahun menjalankan perniagaan kecil di sekolah dengan menjual soft cookies.

Anaknya berjaya meraih RM300 sehari dari hasil jualan tersebut. Namun, usaha pelajar itu terhenti apabila ketua pengawas sekelasnya menghalangnya daripada meneruskan jualan.

“Menariknya, walaupun soft cookies yang dibawa banyak, semuanya habis setiap hari.

'Bawa banyak mana pun, soft cookies habis tiap hari' Budak darjah 6 raih pendapatan sehari RM300

Duit yang diperoleh sepadan dengan jumlah cookies yang dibawa, walaupun dia sering kali mengatakan dia tidak pandai mengira atau berniaga,” kata Huspalita.

Huspalita mengaku terkejut dengan kemampuan anaknya, Hessa, yang biasanya pemalu apabila disuruh berniaga. Walau bagaimanapun, minggu depan Hessa berkata dia akan berhenti berniaga kerana ketua pengawas yang sekelas dengannya telah menegurnya.

“Ketua pengawas mahu melaporkan kepada cikgu. Tidak hairanlah ketua pengawas marah kerana budak-budak beratur di luar kelas untuk membeli soft cookies Hessa. Namun, Hessa berkata ada cikgu yang turut membeli cookies daripadanya,” jelas ibu pelajar tersebut.

Huspalita merasa bangga dengan pencapaian anaknya kerana sepanjang berniaga, Hessa tidak perlu mengejar hutang dan hanya menerima duit tunai. Hantaran ini, yang mendapat lebih 7,800 tanda suka, telah menarik perhatian ramai di Facebook.

Ramai warganet memberikan sokongan kepada pelajar tersebut. Walaupun tidak lagi boleh berniaga di sekolah, mereka yakin pasti akan ada pelanggan yang menempah terus kepadanya. Netizen juga mendoakan agar bisnes Hessa terus berkembang maju pada masa akan datang.