Bau masakan jiran buat penduduk jadi tak selesa

Bau masakan jiran buat penduduk jadi tak selesa

Bau masakan jiran buat penduduk jadi tak selesa. au masakan antara 163 atau 90 peratus kes jiran bermasalah diselesaikan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam tempoh Januari hingga November lalu.

Penyelesaian tersebut adalah daripada 180 aduan pelbagai masalah kejiranan diterima MPK seperti halangan pasu bunga, bau masakan, bau asap rokok, halangan kenderaan, jemur baju dan kasut di tembok, bermain alat muzik, membuat bising dan sebagainya.

MPK dalam kenyataannya berkata, walaupun aduan terbabit dianggap remeh tetapi sebagai hidup berjiran penduduk perlu pastikan kediaman terjaga, bersih, mesra dan sentiasa prihatin.

Bau masakan jiran buat penduduk jadi tak selesa

“Lawatan prihatin yang diselia MPK bersemuka dengan pemilik kediaman dan diberikan amaran lisan bagi tempoh 14 hari untuk beliau membersihkan serta mengalihkan ke semua besi tersebut,” katanya.

Terbaharu, MPK menerima aduan mengenai timbunan perancah besi di hadapan sebuah rumah di daerah ini yang didapati mengganggu jiran lain.

Menurutnya, timbunan sedemikian boleh mendatangkan bahaya kepada kejiranan kerana akan mengundang kepada pembiakan nyamuk, haiwan perosak dan berbisa seperti tikus dan ular.

BACA:

Pasangan selamba buat transaksi RM34K guna telefon jumpa tepi jalan

Video Uqasha Senrose peluk cium adik ipar sendiri jadi kecoh

Baru kahwin 2 tahun, isteri kata Cat Farish dah lafaz cerai 3 kali

CATEGORIES