Baru usia 21 tahun dah beli rumah, ini cara dia buat rupanya. Adik Umur 21 Tahun Beli Rumah Pertama Atas Nama Sendiri, Kakak Kongsikan Caranya! Hebat sungguh pada usia yang masih muda, sudah ada kesedaran dan berjaya membeli rumah sendiri dengan hasil usaha bekerja sampingan.
Ada caranya yang boleh dijadikan panduan untuk mempunyai aset dan rumah pertama ini. Sebelum merancang untuk membeli rumah, ada beberapa persediaan yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Baca perkongsian daripada Anis Syuhada ini sebagai panduan;
ALHAMDULILLAH TAHNIAH ADIK ALYA SYAHMINA RUMAH PERTAMA DENGAN NAMA SENDIRI DIUSIA 21 TAHUN PALING MUDA ANTARA KAMI BERTIGA ADIK BERADIK.
Hasil part time dengan kakak dari dia sekolah upah pasang barang IKEA, tiap-tiap exam dia kutip A jadi pelajar cemerlang dekat sekolah, kerja partime masa dia sambung study UITM dengan result DEKAN every semester akak bangga sangat dengan adik.
Beberapa hari lepas Anis ada buat satu posting tentang adik Anis berumur 21 tahun beli rumah di atas nama sendiri. Disitu ramai yang komen ingin tahu dan tak kurang ramai yang PM Anis tanya bagaimana cara.
Mungkin ilmu hartanah ni tak ramai yang minat nak explore lagi-lagi golongan muda sebab macam pemikiran orang tua. Sebenarnya bila kita mula fikir tentang pemilikan rumah walaupun muda tapi itu salah satu tanda kita dah matang.
Ok mari kita mula apa yang kita perlu buat SEBELUM beli rumah. Kalau kita rancang tahun hadapan bermula tahun ni kita kena persiapkan keperluan tahun ni:
1. Penyata KWSP, SOCSO & Slip Gaji
Bila kita bekerja pastikan ada caruman KWSP, SOCSO & slip gaji. Kena sedia elok 1 tahun tapi sedia kadang bank mintak 3-6 bulan statement bergantung kelayakan kita.
2. Buat Simpanan Di Tabung Haji @ ASB
Saving simpan pada simpanan seperti Tabung Haji @ ASB. Sebab apa? Simpanan kita tu akan dapat dividen berbanding simpanan biasa. Jumlah saving juga akan bantu memperkuatkan dokumen yang kita beri.
3. Ada Transaksi Online
Kalau kita buat part time pastikan ada transaction online yang cantik supaya bank boleh tengok keluar masuk duit kita setiap bulan. Elak urusan cash sebab kita takde bukti yang kita ada income tambahan.
4. Beli Rumah Ikut Kelayakan
Kita start aim location yang kita nak beli. Apa yang kita utamakan tempat kerja, kemudahan, saiz rumah dan lain-lain kita akan start target harga rumah yang kita nak beli jenis rumah apa berdasarkan kelayakan kita.
5.Rajin Bertanya Penjual Rumah/Agen
Kena berani bertanya selalu bertanya pada yang lebih tahu. Contohnya weekend jalan-jalan jumpa orang jual rumah. Kat situ je kita boleh tanya kelayakan gaji berapa, monthly berapa, kos guaman so ampa boleh la start aim dan berani nak step seterusnya.
6. Periksa Kawasan Pembangunan Rumah Akan Datang
Check pembangunan akan datang. Bukan apa kadang rumah akan jadi mahal bila kawasan dan membangun. Rumah lebih murah kalau kawasan AKAN membangun. Semua perlu masa. Kalau nak cepat kena bayar lebih kalau tak mampu lama-lama dia membangun ampa untung beli murah juai mahal.
7. Jenis Rumah LeaseHold Atau FreeHold
Check property tu LeaseHold or FreeHold di mana urusan jual beli berbeza. Leasehold bermaksud pajak 99 tahun freehold bermaksud milik selamanya. Lebih lanjut ampa boleh google & tanya pada agent.
8. Keistimewaan Rumah Pertama
Rumah pertama ada banyak keistimewaan ampa kena tanya pada agent. Untuk deposit rumah baru kadang-kadang developer tawarkan 0-3% deposit. Ada yang beri cash back. Untuk yuran guaman ada potongan. Ada juga yang developer bayar untuk kedua side. Kena rajin tanya ok boleh juga keluar KWSP akaun 2.
9. Buat Pinjaman
Masuk loan ni kadang banyak kemungkinan untuk yang bekerja lain, dokumen yang meniaga lain dokumen. Yang meniaga kena bayar tax dari situ la payslip & kelayakan kita dinilai
Ada banyak option antaranya join name suami isteri dan untuk yang belum kahwin adik beradik atau ibu bapa boleh bantu untuk jadi join name jika masih bekerja or ada pencen.
Next kalau dah mampu berdiri teguh boleh refinance tinggal nama sorang. Macam Anis dulu mula ayah bantu join name selepas 5 tahun kami jual rumah tu dan ada keuntungan di situ. Next pulak combine dengan husband lepas tu sama juga jual dengan ada keuntungan selepas 5 tahun.
Selepas mampu baru la atas nama seorang sahaja. Beginilah cara orang yang tak berapa nak ada. Sekarang rumah ke 3 dengan sedikit hasil pelaburan 2 rumah yang kami beli dan jual sekarang umoq 34 tahun.
10. Rajin Bertanya Pada Pegawai Bank & Agent Rumah
Last but not least jangan segan bertanya pada agent & banker. Yang penting 2 orang ni juga mestilah yang betul-betul berusaha nak bantu kita. Cuma kita perlu sediakan segala dokumen yang depa mintak untuk mudahkan proses.
Kalau tak dak macam mana depa nak tolong. Sebab tu kena ada yang dari No 1 tadi. Kadang-kadang kita akan diberikan juga kelulusan bersyarat di mana kita kena bayar deposit lebih ni sebab tertentu contohnya komitment tinggi.
Lagi ramai anak bank akan kira sebagai komitmen, kereta komitmen. Sebab tu kalo ampa tak ikut nafsu kete biasa-biasa dulu sebab sekarang keperluan then rumah so tak berat. Sebenaqnya jangan tunggu kita kerja kerajaan baru nak beli hang kerja swasta ke keje kedai apa ka janji ada dokumen semua elok segak ja inshaAllah mudah.
Bayaq commitment on track bank akan check semua tu sebelum ni bayaq segak ka comot ka, umoq pon penting kalau muda murah tapi tempoh panjang kalo tua mahai sebab pinjaman pendek. Bab interest tu kalo dok kira sampai ke tua kita takkan ada rumah. Sebab kalau mampu beli cash lain cerita. Kalau kita sewa pun sewa akan tetap naik.
AT LEAST BELI RUMAH SENDIRI BOLEH BUAT ASET @ INVESTMENT CASH FLOW YANG BAIK WALAUPUN ASET BEKU YANG BERMAKSUD LAMBAT CAIR. BOLEH PILH CARA SEWAKAN KALAU TAK NAK DUDUK OR BOLEH JADIKAN HOMESTAY.
Bila kita apply 2 ni kadang-kadang tanpa sedar orang lain bayarkan rumah kita dekat bank sebab tu pentingnya location. Jangan putus asa ampa ramai anak muda PM Anis tanya sendiri dalam diam depa dah buka mata dan sedar kepentingan itu.
Bukan sekadar tengok rumah orang lain cantik tapi kita pun mampu dengan usaha Insha Allah!
Anis share sekadar apa yang Anis tahu salah silap mintak maaf. Untuk lebih penerangan ampa jangan segan bertanya pada yang lebih arif dalam bidang ni.
Semoga Bermanfaat.
BACA:
Ini manusia paling hitam di dunia
Padah ikut arahan GPS, lelaki maut di tempat kejadian
Bajet 2023: Ini senarai penuh bantuan yang rakyat akan dapat