Baru umur 12 tahun, dah bawa pulang dua pingat emas dari London

Baru umur 12 tahun dah bawa pulang dua pingat emas dari London

Baru umur 12 tahun, dah bawa pulang dua pingat emas dari London. Anak kebanggaan Pahang, Maryam Muzamir, 12, sekali lagi mengharumkan nama negara selepas berjaya memenangi dua pingat emas dalam The 22nd Annual British Invention Show Awards 2022.

Pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan itu, memenangi anugerah Double Gold Award dan Chairmans Special Recognition Award – Young Ambassador of Innovation dalam pertandingan reka cipta, inovasi dan teknologi berprestij dan paling lama di United Kingdom.

Bapanya, Profesor Madya Dr. Muzamir Hassan berkata, Maryam masih lagi mempertaruhkan produk diberi nama YAM 2.0: Sustainable Livestock Feed, hasil inovasi makanan haiwan dihasilkan daripada kulit udang dan siput sedut.

Menurutnya, beliau sekeluarga tidak menyangka inovasi yang dihasilkan anaknya merangkul pingat emas selepas menerima berita tentang kejayaan Maryam pada Julai lalu.

“Apa yang lebih membanggakan kami sekeluarga adalah apabila Pengerusi British Inventors Society, Kane Kramer, dalam emailnya menyatakan kejayaan Maryam adalah sesuatu yang menakjubkan.

Baru umur 12 tahun, dah bawa pulang dua pingat emas dari London

“Ini mungkin kerana Maryam memenangi anugerah utama pada usianya yang masih muda, dan juga terpaksa bersaing dengan peserta lebih dewasa dan berpengalaman dalam pertandingan kali ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Istana di sini hari ini.

Menurutnya Muzamir, pertandingan itu sebelum ini diadakan secara fizikal di London namun selepas pandemik Covid-19, ia dijalankan secara dalam talian Mei lalu.

“Disebabkan itu, segala persiapan dilakukan dalam bentuk video mengenai produk termasuk poster yang perlu dipersembahkan kepada juri,” katanya.

Maryam dalam pada itu merakamkan ucapan penghargaan kepada kedua ibu bapanya, guru-guru dan rakan-rakan di sekolahnya yang banyak memberikan sokongan dan galakan dalam minatnya dalam bidang inovasi ini.

“Tidak dilupakan juga Maryam menjunjung kasih di atas kurniaan, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al -Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang sebelum ini mencemar duli menzahirkan kata-kata semangat kepada Maryam dalam majlis mengadap baginda sebelum ini.

“Maryam juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kerana kementeriannya dan agensi di bawah beliau iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menaja dan membantu Maryam untuk mendaftar paten di bawah harta intelek hasil ciptaan inovasi Maryam.

“Bantuan ini menjadikan hasil ciptaan Maryam lebih kuat dan mungkin menjadi faktor utama kejayaan Maryam pada tahun ini,” katanya.

Pada tahun lalu kisah Maryam yang merangkul tiga anugerah utama di International Invention Innovation Competition in Canada (iCAN) 2021 telah mendapat perhatian media.

BACA:

Tun Mahathir puji Khairul Aming dalam hantarannya

Geram dapat kentang sejuk, pemuda nekad tembak staff Mekdi

Penemuan tapak kaki ‘hantu’ berusia 12,000 tahun gemparkan penduduk

CATEGORIES