Baru umur 12 tahun, budak perempuan ni dah muntah-muntah sebab hamil

Baru umur 12 tahun budak perempuan ni dah muntah muntah sebab hamil

Baru umur 12 tahun, budak perempuan ni dah muntah-muntah sebab hamil. Ketika rakan sebayanya menikmati fasa zaman riang dan indah sebagai kanak-kanak, namun situasi berbeza dialami oleh gadis ini.

Pada usia menjangkau 12 tahun, kanak-kanak perempuan yang hanya dikenali dengan nama Bunga, terpaksa memendam keinginan untuk bergembira, memandangkan dirinya kinj sedang berbadan dua.

Kisahnya yang dikongsikan oleh seorang wanita di akaun TikTok @mommychutela cukup menghibakan netizen.

Baru umur 12 tahun budak perempuan ni dah muntah muntah sebab hamil

“Menjemputnya dari satu tempat untuk mendapatkan perawatan dan solusi terbaik buat dia. Selama perjalanan dua jam lebih yang kami tempuh, kondisi jalan yang kurang baik, entah berapa kali dia muntah-muntah.

“Aku tak kuat dengar dia muntah dan lelah. Sampaikan saya meminta suami belikan minyak angin,” kongsinya.

Tanpa mendedahkan wajah Bunga, wanita berkenaan juga berkongsi video di mana dia membawa gadis kecil itu ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kandungannya.

Baru umur 12 tahun, budak perempuan ni dah muntah-muntah sebab hamil

Tambahnya, ketika di klinik Bunga tidak dapat menyembunyikan rasa malu apabila terpaksa menyelak baju untuk diperiksa doktor.

“Bahkan dia tidak mengerti apa yang terjadi di tubuhnya. Benar-benar polos,” luahnya.

Wanita ini memelihara Bunga seperti anak sendiri.

Dalam video yang lain, wanita itu berkongsi gelagat dan aktiviti Bunga sepanjang beberapa hari menetap di kediamannya.

“Hari ke-5 di rumah kami. Bunga aku tak benarkan buat kerja apa pun kecuali mencuci pakaiannya sendiri. Jadi Bunga hanya makan, tidur sambil menonton kartun sebagaimana disukai kanak-kanak seusianya,” ceritanya sambil menambah, Bunga juga seusia anak sulungnya.

Susulan perkongsian berkenaan, ramai netizen melontarkan pertanyaan mengenai latar belakang gadis kecil berkenaan dan kisah di sebalik apa yang berlaku.

Wanita berkenaan memaklumkan, orang tua Bunga merupakan pekerja di kebun milik keluarganya.

“Mereka juga bingung dengan apa yang berlaku kepada Bunga. Bila saya mendengar ceritanya, lantas saya menawarkan untuk menjemputnya ke sini. Jika berlaku apa-apa, bantuan kepada Bunga dapat diberikan segera.

“Kita tak tahu ia terjadi kerana apa. Mungkin kerana situasi tempatnya, mungkin boleh jadi kerana pengaruh dadah, dan pelbagai lagi.

“Dan saya enggan menyakiti Bunga dengan bertanya macam-macam soalan seperti kenapa, di mana, siapa. Kalau Bunga tidak mahu menjawab, saya juga tidak mahu mendesak

“Fokus saya membuat Bunga tak stres, gembira, diterima, disayangi, diberi perhatian. Yang pasti Bunga tidak seperti anak remaja di luar sana yang sudah mengenal seks dengan teman lelaki di usia ini,” katanya.

Daripada perkongsian kisah tersebut, dipercayai kejadian berlaku di Indonesia.

Perkongsian kisah Bunga di akaun TikTok miliknya menjadi tular dengan beberapa video meraih ratusan ribu jumlah tontonan.

BACA JUGA :

Tengku Zafrul tegaskan tiada apa yang tak kena dengan dana RM600 billion

Fatin Afeefa elak dipegang suami sebab nak jaga wuduk, “i bayar u mahal tau”

Terkejut tengok keadaan terkini Nas Ahmad ‘terjah’ Melodi

CATEGORIES