Baru umur 10 tahun dah dapat hadiah Lamborghini, “bapak dia kerja apa?”. DIBERI gelaran kanak-kanak paling kaya di Afrika, Muhammed Awal Mustapha menerima sebuah kereta mewah Lamborghini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-10, Rabu lalu.
Dia yang popular dengan nama Mompha Junior merupakan anak kepada jutawan Ismailia Mustapha.
Lamborghini Aventador berwarna kuning itu dianggarkan bernilai £300,000 (RM1.6 juta)
Kisah pemberian hadiah mewah itu mencvri perhatian ramai selepas bapanya memuat naik foto menerusi Instagram.
“Ada anak lelaki seperti kami menjadi sebab kenapa saya teruja untuk teruskan hidup, senyuman kamu merupakan kegembiraan kami.
“Selamat hari lahir anakku, Muhammaed Awal kini berusia 10 tahun,” tulis bapanya kepada 1.2 juta pengikut.
Di ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat kanak-kanak lelaki bertuah itu.
Bapanya yang dikenali sebagai Mompha Senior merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Mompha Burea De Change, di kepulauan Lagos.
Ahli perniagaan itu sebelum ini kerap berkongsi paparan kehidupan mewahnya menerusi Instagram.
Keluarga itu turut memiliki kereta mewah, jet peribadi dan rumah agam di beberapa negara termasuklah Dubai dan Nigeria
BACA:
Maria Farida dah capai usia 53 tahun, “hari-hari orang tanya, tak tahu nak jawab apa”
Fazura beri ‘hint’ mengandung anak kedua? Peminat mula ucap tahniah
Padah Jeneral derhaka dengan pemimpin Korea Utara, sekali kena campak dalam kolam Piranha
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio