Bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh, mereka pasti boleh mencapai kejayaan dan kekayaan yang diidamkan suatu hari nanti.
Malah, tidak perlu menunggu sehingga tamat persekolahan. Inilah kisah yang dialami oleh seorang gadis.
Walaupun baru berusia 17 tahun, gadis yang dikenali sebagai Nur Haniy telah membuktikan kepada ramai
bahawa dia juga mampu meraih kejayaan seperti individu lain.
Walaupun bergelar ‘budak SPM’, siapa sangka dia sudah memiliki sebuah kereta Honda Civic!
Haniy tidak berniat untuk membangga-banggakan dirinya, tetapi dia berkongsi bahawa kereta tersebut dibelinya secara tunai dan ia merupakan simbol kejayaan hasil usahanya sendiri.
@shzkyle11 alhamdulillah umur 17 tahun dah dapat beli kereta honda civic cash . hasil sebulan berniaga . nak tak i share how dpt beli kereta @ayunieso24 #fyp ♬ bunyi asal – nrhaniy_
Difahamkan lagi, wang yang digunakan untuk membeli kereta itu adalah hasil daripada pendapatan perniagaan yang dijalankannya selama sebulan.
Apabila dilihat pada komen yang diberikan, kebanyakan netizen teruja melihat perkongsian gadis ini dan kagum dengan kemampuannya. Mereka turut menghulurkan doa dan nasihat agar Haniy terus berusaha dan tidak berhenti pada pencapaian tersebut.
“Bagusnya zaman sekarang, remaja sudah mula bertindak moden.”
“Jangan menilai kejayaan terlalu cepat, teruskan usaha.
BACA: Ini kronologi pesawat terhempas boleh terbenam sampai 2 meter ramai nak tahu