Baru tahu wang hantaran Che Ta dengan Zain pada 2013 cecah 100k

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Gelagat pelakon jelita Rozita Che Wan dengan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sering mencuit hati ramai.

Ada sahaja keletah anak beranak ini yang menjadi bualan ramai.

Terbaru dalam satu video di TikTok, Rozita atau Che Ta sempat mendedahkan bahawa hantaran wang perkahwinannya dengan Zain Saidin adalah sebanyak RM93,000.

Dia berseloroh mengatakan wang hantaran Aaisyah nanti bakal lebih tinggi daripadanya mencecah RM900,000.

“Nak duit hantaran tinggi perlu cerdik dan pandai buat kerja rumah, tahu semua, macam mummy.

Baru tahu wang hantaran Che Ta dengan Zain pada 2013 cecah 100k

“Cari duit pun pandai macam mak awak ini. Jangan tahu nak melawa pakai gincu merah sahaja. Perlu pandai mengaji dan solat jangan tinggal

“Kalau dulu mummy terima wang hantaran RM93,000, Aaisyah nanti kena RM900,000. Kalau pegang senduk pun tak reti, jadi anak dara tua nanti. Tapi Aaisyah hebat bukan?,” katanya.

Che Ta berkata demikian selepas Aaisyah memberitahu tindakannya mencuci pinggan adalah antara cara untuk menerima jumlah wang hantaran tinggi satu hari nanti.

“Kita nak hantaran tinggi-tinggi, kena lah basuh pinggan banyak-banyak,” ujarnya.

Sementara itu di ruangan komen ramai yang memuji didikan Che Ta yang menerapkan asas ilmu rumah tangga kepada anaknya yang baru berusia 10 tahun

Che Ta berkahwin dengan Zain pada 13 Disember 2013.

Baca juga : ‘Lepas mak meninggal, abang minta seorang RM200 untuk kemas rumah pusaka, padahal dia yang duduk kat rumah tu’