Kangkung merupakan sejenis sayur yang sangat popular di banyak negara Asia, termasuk Malaysia.
Sayuran ini terkenal dengan hidangan seperti kangkung goreng belacan, yang dimasak bersama bahan lain seperti bawang, cili, dan ikan bilis.
Namun, tahukah anda bahawa kangkung sebenarnya merupakan tumbuhan yang diharamkan di Amerika Syarikat?
Menurut perkongsian seorang lelaki di laman TikTok Agrotonomy, dia menunjukkan ladang di mana
kangkung ditanam menggunakan aeroponic tower, menghasilkan sayur yang sangat subur dan menghijau.
Apa yang menarik perhatian adalah pendedahan bahawa kangkung, yang juga dikenali sebagai Bayam Air, diharamkan di Amerika Syarikat kerana ia dianggap sebagai spesies penceroboh.
Jabatan Pertanian AS melaporkan bahawa tumbuhan ini mula diperkenalkan di negara barat sekitar tahun 1970.
Walau bagaimanapun, kangkung telah diharamkan kerana ia boleh mengancam laluan air dan spesies tumbuhan asli yang lain. Oleh itu, AS telah menyenaraikan kangkung sebagai salah satu tumbuhan berbahaya.
Jurucakap Jabatan Pertanian Arizona, Robert Smook, berkata pada masa dahulu pihak berkuasa akan merampas dan menghapuskan kangkung jika ditemui di premis makanan.
“Saya tidak tahu mengapa tumbuhan ini mula-mula ditanam, tetapi ia boleh menjadi ancaman kepada tumbuhan asli walaupun hanya ditanam di halaman belakang rumah. Jika dibiarkan, kangkung akan membiak dan menyebar ke seluruh kawasan, dan sangat sukar untuk dibuang,” jelasnya.
BACA: Bekas Menteri pengangkutan kecewa dengan ‘AirAsia’, rasa macam bodoh kena ‘sidai’