Baru tahu, cium isteri pun boleh kena denda sekarang

Oleh DAHLIA MARZUKI

Individu ini dikenakan denda sebanyak RM1050 dan dia juga menyatakan kesiapannya untuk membayar denda tersebut

“setiap hari dan menghidupkan kembali detik manis tersebut”.

Seorang pelumba basikal dari Perancis memohon maaf selepas didenda kerana mencium isterinya

semasa perlumbaan bergengsi Tour de France baru-baru ini, laporan BBC semalam.

Julien Bernard dikenakan denda sebanyak £174 (sekitar RM1,050.02) oleh Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI) kerana berhenti seketika semasa peringkat ke-7.

Baru tahu, cium isteri pun boleh kena denda sekarang

“UCI mengenakan denda atas tingkah laku yang tidak wajar semasa perlumbaan dan ia boleh merosakkan imej sukan lumba basikal,” kata pihak UCI.

Bernard membuat permohonan maaf kepada UCI melalui catatan di media sosial.

Dia juga menyatakan kesiapannya untuk membayar denda tersebut “setiap hari dan menghidupkan kembali detik manis tersebut”.

Di samping itu, pelumba Itali, Davide Ballerini, turut dikenakan denda serupa selepas melanggar peraturan yang sama pada awal perlumbaan.

BACA: “Gaji aku besar, tiap-tiap bulan aku bagi nenek RM2k baru mak ayah terhegeh cari aku,rupanya ini yang dia mahu””