Pasti ada di kalangan pembaca yang pernah mengalami pengalaman tidak menyenangkan
kerana mi kuning atau kuetiau hancur serta patah-patah ketika dimasak.
Bukan sahaja menghilangkan ‘mood’ untuk memasak, situasi ini juga boleh menimbulkan rasa malu
sekiranya hidangan yang disediakan itu bakal dihidangkan kepada tetamu atau ibu mentua.
Rupa-rupanya masalah itu mempunyai kaitan dengan cara penyimpanan mi kuning atau kuetiau
yang tidak tepat sehingga menyebabkan ia hancur dan putus ketika dimasak.
Namun pembaca tidak perlu khuatir kerana masalah ini boleh diselesaikan dengan mengikuti panduan mudah untuk menyimpan kuetiau dan mi kuning supaya tidak hancur.
Malah panduan yang dikongsi seorang wanita menerusi satu hantaran di platform TikTok itu boleh membantu mengekalkan kesegaran bahan tersebut dengan lama jika disimpan dalam peti ais.
“Macam ini cara saya simpan mi dan kuetiau supaya tahan lama dan tidak beku dalam peti ais. Selepas dua hari saya simpan di dalam peti, masih boleh dileraikan dan tidak hancur,” katanya dalam hantaran itu.
@duniadekoTips ni saya dapat dari rakan media sosial dan saya praktik kan. Bagi saya tips ini sangat membantu, saya boleh simpan lebihan mi dan kueteow, tidak berkulat dan tidak membazir sehingga kena buang ke tong sampah. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki orang yang share petua ni 🥰 Nak container yang saya guna ni boleh ke sini ye @DUNIADEKO #tipsdapur #petua #kitchentrick #foodcontainer #fridgecontainer #fridgeorganizer
Cara-cara penyimpanan:
Keluarkan mi kuning atau kuetiau daripada plastik pembungkus dan masukkan ke dalam satu bekas.
Selepas itu, sembur atau lumurkan sedikit minyak masak sambil meleraikan mi kuning atau kuetiau agar rata di semua bahagian.
Kemudian simpankan ke dalam bekas kedap udara yang kering dan bebas air sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Sekiranya mahu digunakan, celupkan ke dalam air panas dan bilas bersih dahulu sebelum dimasak. Lalu sedia untuk digunakan!
Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca terutamanya kepada mereka yang mencari panduan untuk menyimpan mi kuning dan kuetiau.
Baca juga:Walaupun jauh dari daratan, ini alat yang bantu hantar isyarat kecemasan atas kapal