Baru je pindah masuk, jiran dah minta RM1.4K untuk kos pagar rumah

Baru je pindah masuk jiran dah minta RM14K untuk kos pagar rumah

Baru je pindah masuk, jiran dah minta RM1.4K untuk kos pagar rumah. Seorang lelaki telah meminta bil berjumlah hampir AU$500 (RM1,481) daripada jirannya, Shannon Spencer yang baru berpindah ke Yanchep, Perth, Australia.

Bil tersebut diminta untuk pagar yang dibina pada tahun 2005.

Wanita itu tidak jangka dia perlu membayar separuh daripada kos membina pagar di belakang rumahnya setelah menerima invois tersebut pada bulan lalu.

Shannon memberitahu pihak media bahawa jumlah yang perlu dibayar tidak banyak tetapi dia tidak berpuas hati kerana pagar tersebut dibina 17 tahun lalu, dan jirannya seperti menunggu kedatangannya untuk kutip bayaran.

Jirannya menjelaskan kepadanya bahawa semua jiran lain telah membayar bahagian mereka, dan dia mempunyai semua resit untuk membuktikannya.

Jadi Jelek dan Berbahaya, Ini Cara Memperbaiki Pagar Berkarat - iDEA

Pada awalnya, wanita itu menganggap perkara ini sebuah jenaka tetapi menurut Akta Pembahagian Pagar di Australia, pemilik hartanah dikehendaki berkongsi kos ‘pagar pembahagi yang mencukupi’.

“Saya tahu saya diwajibkan untuk bayar, tetapi saya perlu mempertikaikan hakikat bahawa sudah 17 tahun sejak ia dibina, dan saya berpindah 17 tahun kemudian dan dia masih meminta separuh daripada kos pagar itu.

“Pagar tersebut agak berkarat, warnanya sudah berubah, berbeza dari pagar-pagar jiran lain dan ketinggiannya juga tak sama, ia hanya 1500mm berbanding yang lain iaitu 1800mm.

“Saya tahu yang saya perlu bayar, tapi jumlah bayaran perlu dirunding sebab ia telah dibina 17 tahun lalu, dan juga berkarat,” katanya.

Shannon berkata dia menulis tentang kejadian itu di Facebook dan sesetengah orang berkata mereka ‘terkejut’ dan perkara ini ‘benar-benar tidak masuk akal’.

Seorang peguam bernama Johson Kitto berkata yang wanita itu tetap perlu membayar tanpa mengambil kira tarikh pagar itu dibina.

“Nasihat saya kepadanya ialah untuk membayarnya. Saya tidak akan cuba berunding dengannya.

“Undang-undang menyebelahi jirannya, walaupun sukar untuk diterima, dia masih berhak mendapat separuh jumlah kos membina pagar itu.

“Bayangkan berapa kosnya jika membina pagar hari ini. Anda perlu bersikap adil tentang perkara ini,” ujarnya.

BACA JUGA : 

‘Letak 25 bekas dadih, dapat RM8 je’ – Pelajar kecewa kena tipu, dah la duit koyak 

Ada 14 premis judi dalam satu kawasan di Kedah, laporan dedah sesuatu mengejutkan

Tak sangka ini jawapan TMJ selepas Hannah Yeoh tweet sebut namanya

 

CATEGORIES