Baru je bersalin, wanita menangis suami tak endah bila suruh azankan anak

Baru je bersalin, wanita menangis suami tak endah bila suruh azankan anak

Baru je bersalin, wanita menangis suami tak endah bila suruh azankan anak. Pempengaruh Cik Pia atau nama sebenarnya, Nursufia Johari meluahkan rasa sedih mengenangkan nasib apabila rumah tangganya dilandai badai saat dirinya sedang menanti hari melahirkan zuriat.

Sedih sendirian dalam wad bersalin

Menerusi video yang dimuat naik Cik Pia di TikTok baru baru ini, memaparkan dirinya menyarung baju pink dan berada di bawah pemantauan doktor di wad. Difahamkan, Cik Pia sedang menanti waktu untuk bersalin. Tetapi apa yang menyentuh hati ramai apabila Cik Pia akui cemburu melihat bakal ibu-ibu lain ditemani oleh si suami sedangkan dia hanyalah bersendirian di wad tanpa suami di sisi.

@norsufiajohari Sye MMG Xnk nangis..tp hati Sye bukan hati robot boleh di setting mood..LG sedih bile die live ramai yg support fitnah die tu..hati korg pergi mane yea? hati korg dh mati ke #sahabatbosskay jgn gelakkan ujian org Sebb mungkin belum tiba ujian korg#pregnant #tiktoker #fypシ #viral #fypシ゚viral #fypage #tiktok #fypp #tiktoker #fyp #hello2023 ♬ Sudah Tak Cinta – Ziell Ferdian

Saya masih kuat, tolak beg, masuk wad sendiri. Saya masih tahan & kentalkan hati. Tapi bila dekat katil air mata terus jatuh jatuh sebab cemburunya sata kiri kanan saya ada suami yang setia menemani isterinya.

Walaupun sedih dengan nasib yang dilaluinya, namun Cik Pia terima segala ujian yang diberikannya malah dia harus kuat demi insan tersayang seperti anak-anak dan keluarga yang setia menunggu kepulangannya di rumah. Meskipun hubungannya dengan suami tidak baik, namun Cik Pia memberanikan diri meminta lelaki itu datang untuk mengazankan zuriat mereka nanti tetapi malangnya, lelaki itu tidak memberikan sebarang respon.

Saya ada mesej ayahnya untuk datang azankan zuriat dia tetapi tetap sama, tak ada respon. Saya bukan nak patah balik pada dia cuma saya nak dia ada tanggungjawab pada anak-anak je. So tak adalah nanti fitnah saya kata saya tak bagi tengok.

Kenapa saya menangis bukan sebab saya sedih ditinggalkan tetapi sebab tak tahu kenapa ditinggalkan untuk kali kedua dan dia tinggalkan bersama anak yang baru nak kenal dunia. Dengan tak ada bisnes, tak ada pendapatan, beban hutang kereta, tak ada nafkah. Kenapa buat macam ni dan buat lebih teruk dari yang pertama kali ditinggalkan.

Dalam kesempatan itu, Cik Pia memohon orang ramai mendoakan agar dirinya terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Respon netizen

Baru je bersalin, wanita menangis suami tak endah bila suruh azankan anak

Baru je bersalin, wanita menangis suami tak endah bila suruh azankan anak

Baru je bersalin, wanita menangis suami tak endah bila suruh azankan anak

BACA JUGA : 

‘Letak 25 bekas dadih, dapat RM8 je’ – Pelajar kecewa kena tipu, dah la duit koyak

Ada 14 premis judi dalam satu kawasan di Kedah, laporan dedah sesuatu mengejutkan

Tak sangka ini jawapan TMJ selepas Hannah Yeoh tweet sebut namanya

CATEGORIES