Baru bermula PKPB, Pasar Chow Kit pula ditutup 14 hari

Baru bermula PKPB, Pasar Chow Kit pula ditutup 14 hari

Pasar Raja Bot (Pasar Chow Kit) akan ditutup sepenuhnya selama 14 hari bermula esok.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pasar berkenaan akan dibuka semula pada 13 Mei ini.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup pasar berkenaan selepas mendapat arahan daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Perintah penutupan premis untuk kerja basmi kuman dan saringan Covid-19 ke atas peniaga pasar.

“Arahan ini selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Polis 1967 dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu tertakluk kepada arahan perubahan terkini dari masa ke semasa.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/80997/EDISI/Selangor-KL/Pasar-Chow-Kit-tutup-14-hari-mulai-esok

COMMENTS