Masa awal – awal dulu dia yang beriya – iya sangat nak kahwin dengan aku, padahal aku ni tak ada apa pun.
Dia ‘kejar’ aku giIa – giIa. Aku ingat lagi masa awal perkahwinan dia janji nak susah senang sehidup sem4ti
dengan aku tapi janji tinggal janji, baru 3 bulan bersama dia dah mula merungut mintak cerai.
Alasannya hanya sebab aku tak mampu nak tanggung dia, gaji aku kecik dan aku tak ada kereta.
Korang bayangkan waktu tu aku baru beberapa bulan bertapak dalam dunia pekerjaan sepatutnya dia kena bersabar sikit.
Lagipun makan pakai semua aku bagi dia cukup dan aku tak pernah sentuh langsung duit gaji dia. Disebabkan aku sayang kat dia, aku buat OT, hampir tiap – tiap hari, semua hanya sebab dia. Tapi dia tetap tak berubah, lagi teruk lagi ada lah.
Dia dah mula halau aku tidur luar, cakap pun dah ber’aku engkau’ dengan aku, m4ki hamun dan mencarut tak kira masa.
B4bi, siaI, puk1mak dan sewaktu dengannya semua aku dah pernah rasa, kadang – kadang aku menangis sorang – sorang bukan sebab aku sedih dengan cac1an dia, aku sedih kalau Allah murka pada aku sebab aku tak pandai jaga bini. Aku takut kalau aku dipersoalkan di akhir4t nanti..
Lepas dia dapat offer kerja, sikap dia mak1n menjadi – jadi mana taknya, gaji dia lagi besar dari aku yang ciput ni
. Dia pandang aku sebelah mata. Dia dah mula keluar rumah tanpa izin, bila aku tegur, dia cakap aku dayus dan berd0sa sebab tak izinkan dia pergi usrah, cari ilmu agama.
Dia dah mula angkat tangan dan kaki pada aku. Aku ingat lagi masa dia k3jut aku pagi – pagi guna kaki dia, kadang – kadang dia siram air kat aku dan sep4k – sep4k aku sambil marah – marah. Aku ingat lagi dia pernah pijak aku masa aku demam, MC tak pergi kerja.
Dia tuduh aku pemalas, dia p4ksa aku pergi kerja. Dia langsung tak fikir aku teruk kerja siap ambil OT setiap hari sampai s4kit – s4kit hanya sebab dia. Aku ingat kahwin dengan perempuan tinggi ilmu agama macam dia hidup aku akan bahagia tapi aku silap. Lagi tinggi ilmu dia, lagi h1na aku di mata dia.
Segala urusan rumah bukan lagi kerja dia, masak, kemas rumah semua aku yang kena buat. Dia pulak hanya goyang kaki tak buat apa. Aku tahu dia sengaja buat tu semua semata – mata dia mahu aku ceraikan dia tapi aku tak nak sebab aku sayangkan dia.
Aku yakin rumah tangga aku boleh diseIamatkan lagi, aku teruskan bersabar. Perg4duhan tercetus bila ada sekali tu dia tengah buat kerja kat laptop dia dan aku tanpa sengaja terIanggar wayar charger dia dan laptop dia autom4tik off.
Dia meng4muk menjerit m4ki hamun aku, dia pukuI – pukuI aku tapi aku langsung tak baIas. Tiba – tiba dia ambil helmet aku dan baling kat kepala aku. Waktu tu aku memang hilang sabar dan buat pertama kali aku tamp4r muka dia sampai terduduk.
Kebetulan jiran sebeIah rumah suami isteri datang sebab dengar suara bising – bising, bini aku cepat – cepat pergi kat diorang sambil menangis dan mengadu konon aku selalu pukuI dia. Waktu tu jiran si isteri tu berkeras nak buat report polis, tapi suami dia tak bagi.
Rupa – rupanya si suami dah dapat agak bukan aku yang salah dalam hal ni. Malam tu aku demam, kepala aku s4kit, dia?? memang langsung tak ambil tahu pasal aku, besoknya suami jiran aku tu (aku panggil dia abang R la) yang bawak aku ke kIinik lepas tengok aku keluar rumah nak pergi kerja dalam keadaan yang sangat lemah. Hentakan helmet tu memang buat kepala aku betul – betul s4kit..
Abang R jadi tempat aku mengadu, sekeras – keras aku sebagai lelaki, haritu memang air mata aku tumpah jugak. Abang R cadangkan kami pergi kaunseling tapi dengan sikap bini aku yang holier than thou tu aku dah tahu, takat kaunseling memang dia tak akan layan.
Tapi aku tetap tak lupa berdoa moga Allah ampunkan dia dan berkati hidup dia. Tu doa aku hari – hari untuk dia dulu.. Benda ni berlaku lama jugak. Mak bapak kitorang langsung tak tahu kalau selama ni hidup kitorang bermasalah.
Akhirnya lepas lebih kurang hampir 2 tahun hidup berumah tangga, aku lafazkan talak. Itu pun lepas aku dapat tahu dia ada hubungan dengan lelaki lain. Aku dapat tahu lelaki tu serba ‘ada’, aku jadi tak ada hati nak teruskan perkahwinan yang menyiksakan ni.
Lagi – lagi bila dia dah mula h1na orang tua aku depan aku. Waktu tu, semua keluarga aku termasuk orang tua aku sendiri pulaukan aku. Diorang semua cakap aku jahat sebab sanggup ceraikan ‘isteri solehah’.. hahhahah.. memang dia dah betul – betul berjaya ‘berlakon’ dan tipu semua orang sampai tak ada siapa lagi percayakan aku kecuali abang R.
Tapi Allah tu maha adil.. kebenaran akhirnya berpihak pada aku. Family dia yang dah m4ki aku dulu akhirnya tahu jugak sikap sebenar anak diorang. Begitu jugak orang tua aku tapi aku tak marah dan salahkan diorang sebab aku tahu yang diorang tak tahu. Apa pun berlaku pada aku tu aku yakin pasti ada hikmah dan kebaikannya.
Alhamdulillah, sekarang aku dah kahwin lain. Allah kurniakan aku seorang isteri yang sangat baik dan solehah. Juga belajar tinggi lebih dari aku, kos agama dan bertudung labuh tapi dia sangat – sangat menghorm4ti aku sebagai ketua keluarga.
Kalau orang tanya aku tak serik ke kahwin dengan perempuan macam tu? aku akan jawab ‘tak’.. aku percaya tak semua perempuan bertudung labuh tu jahat, sama jugak dengan perempuan berniqab, sama jugak dengan manusia yang lain.
Kita tak boleh pukuI rata, kita kena faham, orang yang ‘tahu’ agama tak semestinya ‘faham’ agama. Kalau tak, takkanlah aku kahwin dengan isteri aku yang sekarang?
Apa pun aku mohon doa korang semua untuk aku sekeluarga terutama isteri aku yang bakal melahirkan cahaya mata kami yang pertama tak lama lagi.
Kisah aku ni, apa yang baik korang ambil la bawak balik. Yang buruk tu korang camp4k jauh – jauh.
Dalam hidup kita ni, memang kita akan jumpa macam – macam orang dan keadaan, tapi yakinlah seteruk mana pun ujian yang datang, tu semua adalah tarbiah dari Tuhan untuk kita jadi h4mba yang lebih bersyukur dan lebih menghargai. Bersangka baik lah dengan Allah. wassalam..
BACA: Lelaki tak sangka aktiviti kegemarannya jadikan dia jutawan selepas terjumpa ‘lombong emas’