Baru 2 hari buat live, follower TikTok Fattah Amin bertambah 125000, kalah Fazura!

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Baru-baru ini, pelakon popular Fattah Amin telah menerima 22 juta tanda suka atau ‘likes’

ketika sesi siaran langsung pertamanya di TikTok. Beliau berkata hanya sekadar ingin berbual dengan pengikutnya

walaupun mengakui tidak tahu cara mengendalikan siaran langsung di TikTok.

Susulan itu, pengikut aktor berusia 33 tahun ini turut meningkat seramai 125,000

selepas dua hari dia aktif di platform berkenaan.

Baru 2 hari buat live, follower TikTok Fattah Amin bertambah 125000, kalah Fazura!

Menerusi perkongsian seorang pengguna, terdapat perbandingan yang menunjukkan pengikut Fattah sebelum ini hanya seramai 504,400 dan kemudian meningkat kepada 629,800.

Rata-rata peminat turut merasa gembira melihat aktor itu kelihatan ceria meskipun baru sahaja melalui episod duka setelah sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, aktres Nur Fazura.

Fattah juga menerima banyak ‘gift’ atau hadiah daripada warganet yang menyertai sesi siaran langsung tersebut.

BACA: Tak mungkin Australia hantar pembunuh Altantuya pulang, rupanya ini sebab Australia berbuat demikian