Bapa Zarina Zainuddin meninggal dunia

Oleh AHMAD SULAIMAN

Bapa kepada pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin, telah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh ibu kepada empat anak itu melalui akaun Instagramnya.

Menurut Zarina, Allahyarham meninggal dunia akibat kanser prostat tahap empat.

Bapa Zarina Zainuddin meninggal dunia

Assalamualaikum

“Innalalihiwainnailairojiun Al fatihah buat ayah saya Zainuddin Ibrahim baru saja meninggal dunia akibat kanser prostat tahap 4.

“Minta semua kawan2 disini bacakan Yassin dan fatihah buat arwah ayah saya semuga rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh.

Saya akan ke sana lepas ini ” ujar Zarina menerusi kapsyennya.

BACA: “Dulu abah tinggalkan kami sebab nak kahwin janda anak 2, abah bagi RM500 je dan hilangkan diri selama 10 tahun, sekarang abah tiba-tiba muncul”