Bapa terlampau taksub dengan dakyah antivaksin, bayi usia 5 bulan derita kena serangan virus, sampai 5 hari muntah dah cirit-birit
Dakyah golongan antivaksin terkadang membuatkan segelintir ibu bapa takut hendak memberikan anak mereka vaksin imunisasi.
Padahal, dos berkenaan juga penting untuk melindungi anak daripada ancaman virus.
Khususnya buat bayi yang mana tahap antibodi mereka belum begitu kuat.
Suami & pihak mentua melarang bayi divaksin
Dalam kisah dikongsikan seorang ibu ini, dia mendedahkan suami dan mentua tidak membenarkan bayinya diberikan vaksin kerana takut terjadi apa-apa kesan sampingan.
Sampailah satu hari, anaknya yang berusia 5 bulan mula mengalami demam, muntah dan cirit-birit.
Tidak berjumpa doktor, mereka hanya bawa si kecil itu bertemu Mak Bidan serta urutan daripada atuk nenek sahaja.
Keadaan anak semakin teruk…Pergerakan semakin tidak aktif
Simptom semakin teruk, anaknya juga semakin kurang bergerak. Akhirnya si suami menyuruh isterinya membawa anak mereka berjumpa doktor kanak-kanak.
Alangkah terkejut, rupanya bayi ini telah mengalami dehidrasi (kurang air dalam badan). Suhu badan juga terus meningkat kepada lebih 38 darjah celcius dan tidak kebah-kebah.
Rotavirus biasanya terjadi sehingga tempoh 7 ke 10 hari
Apabila diberikan susu, bayi ini akan memuntahkannya semula. Cirit-birit yang berlaku pada setiap minit juga membuatkan punggung si anak melecet.
Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan anak wanita ini dijangkiti Rotavirus.
Ia merupakan satu virus yang menyebabkan keradangan pada sistem pencernaan seseorang.
Setelah anaknya melalui pengalaman di hujung tanduk, si ayah akhirnya bersetuju tentang pemberian vaksin imunisasi.
BACA: