Bapa ketagih main game, ibu terpaksa kurung anak dalam sangkar. Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang ibu yang terpaksa mengurung anaknya dalam sangkar di bawah troli tempat kerjanya. Difahamkan, wanita itu berbuat demikian kerana suaminya mengabaikan anak mereka itu disebabkan ketagihan bermain permainan video.
Sediakan ruang bermain bawah troli berniaga
Menerusi laporan The Independent, anak mereka itu baru berusia 2 tahun dan terpaksa dibawa ke gerai jualan makanan ibunya di bandar Tongren, Guizhou, China.
Wanita itu juga terpaksa menjaga anaknya selama tujuh hingga lapan jam sehari. Oleh itu, dia terpaksa menukar ruang tambahan di bawah trolinya menjadi ‘sangkar’ dengan ruang yang cukup untuk anaknya bermain.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Li turut meluahkan rasa kasihan jika meninggalkan anaknya di rumah. Ini kerana anaknya itu akan dibiarkan kelaparan kerana suaminya hanya akan bermain permainan video sepanjang hari.
Difahamkan juga Puan Li keluar awal pagi untuk berniaga manisan di pasar. Dia kemudiannya akan pulang ke rumah untuk bangunkan anaknya dari tidur dan bawa si kecil itu ke tempat kerjanya.
BACA:
Amber Heard tak mahu bayar saman AS$10 Juta kepada Johnny Depp
Sime Darby umum 57 unit berharga RM2 Juta berjaya dijual dalam sehari