Bapa kendong anak guna kain pelikat dari Perak ke KL, tiba-tiba polis tahan..Anggota polis menghantar kanak-kanak berusia sembilan tahun pulang ke rumahnya di Chow Kit, Kuala Lumpur selepas bapanya dilihat menunggang motosikal sambil mengendong anaknya di Lebuhraya Utara Selatan dari Batu Gajah, Perak pada 7 Mei 2022. Foto Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.
Tindakan seorang bapa menunggang motosikal sambil mengendong anaknya dari Batu Gajah, Perak ke Kuala Lumpur mendapat perhatian polis yang membantu menghantar kanak-kanak itu pulang ke rumah.
Seorang bapa menunggang motosikal sambil mengendong anaknya dari Batu Gajah, Perak ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Utara Selatan pada 7 Mei 2022. Foto Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman
Jabatan Siasatan Trafik dan Pengangkutan Trafik Bukit Aman menerusi Facebook memaklumkan pihaknya menyedari seorang lelaki mengendong anak-kanak dengan ikatan kain pelikat ketika menjalankan Op Selamat 18.
Katanya kejadian itu berlaku di KM 435.1 (arah selatan) berdekatan Rawang sekitar jam 4 petang.
Katanya kejadian itu berlaku di KM 435.1 (arah selatan) berdekatan Rawang sekitar jam 4 petang.
“Semakan mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur sembilan tahun. Mereka ini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas pulang beraya di Batu Gajah, Perak.
“Tindakan yang dilakukan ini boleh mendatangkan risiko bahaya dan atas faktor keselamatan, peronda bertugas menghubungi pegawai turus lebuh raya zon tengah A bagi membawa dan menghantar kanak-kanak tersebut sambil diiringi ayahnya ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, Kuala Lumpur,” maklumnya.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya lebih peka dengan soal keselamatan dan berhati-hati semasa pemanduan ketika musim perayaan.
BACA:
Yasin tulis lagu dari penjara, “tuhan lepaskan aku dari rantai ini..”
Isteri kantoi terlanjur dengan lelaki lain, suami nekad lafaz cerai depan anak
Aidilfitri : Ini tips jaga gigi anda sepanjang musim perayaan