Nama samaran saya Farhan, saya dibesarkan oleh bapa yang bakhil atau tepat disebut KEDEKUT.
Dari saya kecil hingga ke saya besar, sentiasa kedekut dan berkira dengan anak – anaknya.
Saya mempunyai dua beradik. Saya dan abang saya.
Antara kejadian yang saya tak boleh lupa adalah ketika abang saya minta duit belanja untuk ke sekolah.
Masatu abang saya berumur 12 tahun ataupun darjah enam. Ketika itu, mak saya tak membuat sarapan pagi kerana tak sempat sebab mak bekerja di kilang.
Mak menyuruh abang untuk meminta kepada bapa duit belanja. Apa yang tidak boleh saya lupa adalah, bapa hanya memberi 50 Sen sahaja ketika itu. Itupun duit 50 Sen itu dibaling ke abang saya. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006.
Walaupun ketika itu saya berumur 7 tahun, namun setiap apa yang dibuat oleh bapa ke atas keluarga saya, saya boleh ingat. Disebabkan sikap kedekut t4hi hidung masin dan bakhilnya dia, perasaan benci saya ke atas dia m4kin membuak.
Mainan saya masa waktu saya kecil semuanya mak yang belikan, satu sen duit pon BAPAK tak pernah belikan, yang paling sedih sekali sambutan hari lahir saya, abang dan mak tak pernah diraikan oleh dia. Paling kelakar, kek hari lahir dibeli sendiri oleh orang yang menyambut hari lahir.
Tahap kedekut yang membuat masing – masing dalam keluarga saya benci. Duit yuran sekolah saya setiap tahun mesti akan dibayar lambat oleh dia. Yuran mesti akan dibayar pada bulan ogos ataupun September. Bukan disebabkan tiada duit.
Dia adalah seorang penjawat awam yang bergred tinggi. Kadang – kadang saya malu bila cikgu tanya bila yuran boleh dibayar hari – hari. Sampai satu masa saya ponteng sekolah kerana malu bila berjumpa dengan guru tingkatan saya.
Sampaikan cikgu yang paling rapat dengan saya ingin berjumpa dengan saya secara peribadi. Cikgu itu mengajar saya subjek Matem4tik. Matem4tik adalah subjek kegemaran saya. Setiap kali ujian mesti saya skor markah 80 ke atas.
Boleh dik4takan saya menjadi pelajar t4rget guru saya dalam subjek matem4tik ketika itu. Ketika ini saya mengambil peperiksaan PMR pada tahun 2013. Cikgu itu pon berjumpa dengan saya dan bertanya kepada saya. “Farhan kenapa awak jadi macam ni, sekolah awak selalu ponteng, keputusan awak baik sayangnya atitude awak kurang baik.”
Saya pon diam je dan senyum. Cikgu Matem4tik saya pon p4ksa saya untuk bagitahu apa yang terjadi. Saya pon terus terang dekat cikgu tentang apa yang saya alami. Cikgu pon terdiam dan dia ingin membantu saya sedaya upaya.
Saya malu yang teramat, saya cakap, “Takpe cikgu saya boleh usahakan sendiri yuran persekolahan saya, saya cari kerja part time ke macam tu”. Hari pon berlalu, kehadiran sekolah saya bertambah buruk. Guru tingkatan saya pula mengambil inisiatif untuk telefon terus bapa saya ketika itu.
Sebelum itu, saya dir0tan 4 kali oleh guru tingkatan kerana kerap ponteng sekolah. Saya tak kisah pun cikgu tu r0tan kerana itu sememangnya silap saya. Perbualan di antara guru saya bersama bapa saya di luar kelas agak lama sekitar 15 minit.
Selepas dari perbualan itu, guru saya terus bercakap perlahan terhadap saya. Ia memanggil saya untuk ke bilik gurunya kebetulan ketika itu guru matem4tik saya pon ada. Guru matem4tik saya bercerita apa yang dialami oleh saya kepada guru tingkatan saya.
Guru tingkatan saya berkata kenapa apa yang guru matem4tik awak cakap bercanggah dengan apa yang saya dengar dari bapa awak. Saya hanya tersenyum. Bapa saya cakap kepada guru tingkatan saya bahawa saya seorang yang pemalas, asyik melepak tak tentu arah dan tak nak belajar.
Guru matem4tik saya pon berkata pada guru tingkatan saya.. Jika Farhan malas kenapa dia selalu skor dalam matapelajaran saya. Setiap ujian mesti mendapat skor lebih 80%. Guru tingkatan saya pon terdiam dan dia pun mengakui apa yang cikgu matem4tik saya cakap.
Cikgu suruh saya bersabar mungkin ini dugaan seorang pelajar yang pintar. Hari pon berlalu pergi peperiksaan PMR pon tamat. Saya pon mengambil keputusan PMR saya ketika itu dan Alhamdulillah saya memperolehi keputusan 6A2B ketika itu.
Sebelum tu, bapa c4bar saya untuk memperolehi 8A. Setiap A bernilai RM50. Bila saya ingin menuntut duit itu dari bapa saya. Apa yang saya sedih adalah, bapa saya berkata, “kau dapat 8A baru aku bagi Ko duit tu, Ko dapat 6A aku tak bagi!”
Saya sedih ketika itu dan ingat lagi masing – masing gembira dengan keputusan PMR yang mereka dapat tapi saya sedih. Mak ketika itu terdiam dan ingat lagi saya ketika itu mak berjanji ingin menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada saya.
Fon itu berjenama LENOVO. Sampai sekarang saya jaga fon itu dengan baik kerana bagi saya mak adalah segalanya bagi saya. Walaupun saya dapat 6A ketika itu, bapa saya tetap mengatakan saya pemalas tidak ada satu pon perkataan tahniah dari mulutnya.
Malah yang paling menyedihkan, saya dibandingkan dengan anak buahnya. Bagi saya mak, abang dan kawan – kawan saya sahaja yang faham akan perasaan saya. Waktu pon berlalu, saya dapat melanjutkan pelajaran diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Saya excited kerana ia adalah bidang yang saya minat. Saya lengkapkan semua dokumen yang diperIukan untuk tujuan orientasi ketika itu. Yang paling saya geram sekali, waktu nak daftar hanya saya dan mak sahaja yang pergi ke politeknik tersebut.
Yang paling kelakar hanya kami sahaja yang menaiki motor. Sedangkan ketika itu bapa saya cuti, dan dia boleh tidur di rumah bukannya berbangga anak bongsunya dapat melanjutkan pelajaran. Nak tolong hantar sekali.
Perasaan hiba bercampur geram, perasaan saya ketika itu. Namun nak buat macam mana lagi kan dah per4ngai dia macam tu. Sampai ada suatu masa, saya bertekad ingin melakukan ujian DNA untuk nak pastikan adakah dia bapa saya ataupun bukan.
Bagi saya yang paling banyak menahan s4kit di dalam hati adalah mak saya. Selalu ditengking, diherdik oleh bapa saya jika ingin meminta duit untuk keperluan belajar saya dan abang. Walaupun ditengking mak tetap sabar.
Saya bertekad suatu hari nanti saya akan membahagiakan mak, ketika saya berjaya di menara gading nanti. Waktu konvokesyen pun saya hanya ingin melihat mak sahaja dan bukannya dia. Maaf jika saya terkasar bahasa, ini semua luahan hati dari seorang yang mempunyai bapa yang kedekut.
Jadi jika kita ingin berkahwin nanti pastikan diri kita tidak kedekut dahulu kerana ia boleh menyebabkan keluarga kita mer4na. Berkahwin perIukan tanggungjawab yang besar bukan sekadar ingin buat ANAK je. Sekian, terima kasih.. – Farhan (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sya Nysya : Saya ada kawan Bapak dia simpanan dalam bank ratusan ribu, tapi cam Bapak awaklah kedekut. Sekali Bapak dia m4ti eksiden.
Mak kawan saya dan adik beradiknya sedih kejap ye. Pastu dapat rasa duit Bapak dia. Pergi jalan keliling dunia mereka sekeluarga.
Zuraida Arshad : Mari saya terangkan. Orang kedekut nii sebab dia tak sayang. Pada orang yang dia sayang. Duit mencurah macam air. Masa nak kawen dulu. Dia lah yang menangis – nangis nak kawen. Jadi wife tu ingat dia sayang.
Padahai ini lah orang yang mementingkan diri sendiri. Saya dah jumpa ramai macam tu. Kita tengok saja lah sambil berdoa mintak dijauhkan orang macam tu. Dia susah kita susah. Dia kaya, kita kena marah.
BACA: ‘Orang lain berhutang, kami pula tanggung malu’ Kes naya, Ah long salah simbah rumah