Bapa Altantuya dan keluarga maafkan Azilah, hukuman mati diganti dengan penjara 40 tahun

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Hukuman mati Azilah Hadri, seorang daripada dua bekas komando polis yang disabitkan bersalah

Kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 18 tahun lalu, telah digantikan dengan penjara selama 40 tahun.

Bapa mangsa, Shaariibuu Setev, menulis surat kepada mahkamah memaklumkan bahawa keluarganya telah memaafkan Azilah atas jenayah tersebut.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat,

menyatakan bahawa permohonan Azilah untuk meringankan hukumannya kepada pemenjaraan telah diterima.

Bapa Altantuya dan keluarga maafkan Azilah, hukuman mati diganti dengan penjara 40 tahun

Hakim juga memerintahkan hukuman minimum mandatori 12 sebatan terhadap Azilah, yang berusia 48 tahun.

Hari ini, mahkamah diberitahu bahawa Altantuya merupakan seorang perisik asing dan Azilah telah diarahkan oleh pegawai atasannya untuk melakukan jenayah itu kerana wanita tersebut memiliki maklumat sulit negara.

Tengku Maimun menjelaskan bahawa panel hakim telah memberi pertimbangan sewajarnya terhadap afidavit Azilah dan surat daripada keluarga Altantuya ketika membenarkan permohonan semakan.

BACA: Puja Sheikh Asri dalam alunan qasidah, sekali ini respon Menteri Agama