“Bapa aku kantoi nikah di siam dengan mak aku, rupanya ibu punca segalanya, dibelakang ayah, ibu buat onar”. erima kasih di dahulukan sekiranya admin page menyiarkan luahan saya ini.
Saya W, berumur 26 tahun, merupakan anak sulung dalam keluarga saya. Tujuan saya bercerita ni sekadar ingin kan jawapan. Kerana saya buntu.
Saya pasti bukan saya sahaja yang mengalami perkara seperti ini. Saya yakin ramai di luar sana yang senasib dengan saya.
Namun saya tidak pasti dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak tahu kepada siapa saya harus bercerita. Sakit hati yang saya pendam selama 11 tahun.
Scandal atau curang. Dah banyak kali saya baca cerita sebegini. Isteri atau suami curang, isteri ada scandal dengan boss, suami ada scandal dengan bini orang.
Selalu sangat saya baca kisah kisah sebegini. Tapi tidak pernah saya jangka bila ahli keluarga saya sendiri terlibat dengan scandal/curang ini. Siapa? IBU DAN BAPA saya.
Tahun 2008, bapa saya kahwin lain. Kahwin di Thailand. Kahwin dengan janda anak satu. Ex suami janda itu penagih ddah. Janda mintak cerrai sebab tak tahan dengan suami.
Bapa saya seorang yang mudah kesian. ATAS DASAR KESIAN, bapa saya sanggup kahwin dengan janda tu. Bdoh kan? Tapi itu laa bapa saya.
Pada tahun 2010, ibu saya mengetahui cerita bapa kahwin lain dari sumber yang beliau percaya. Maka kantoi laa perkahwinan yang disembunyikan selama 3 tahun.
Malam tu jugak ibu mengamuk. Ibu pukul bapa, ibu menangis bagaikan orang giila.
Dan malam tu jugak, bapa cerraikan janda tu talak 1. Di depan saya dan ibu. Kenapa talak 1? Kenapa bukan talak 3? Entah, saya sendiri tak tahu. Sampai sekarang bapa hanya diam seribu bahasa.
11 tahun saya memendam rasa. Saya marah, saya sakit hati, tapi saya tak mampu berbuat apa apa.
Sampai sekarang saya tak tau bapa masih berhubung atau tidak dengan janda dia. Tapi hati saya kuat mengatakan yang mereka masih lagi berhubung. Namun saya tiada cara untuk menyiasat.
Kali ini kisah ibu saya. Ibu saya seorang pensyarah di sebuah maktab perguruan. Ibu saya seorang yang tegas.
Dia tegas dalam mendidik kami adik beradik. Tegas nya beliau sehingga kami jadi takut.
Takut untuk berkenalan dengan lelaki sebab takut kami akan dimarahi, takut untuk bergaul dengan orang ramai sebab takut ibu kata mereka beri pengaruh buruk pada kami.
Kesan ketegasan ibu pada kami membuatkan saya dan adik kedua saya jadi introvert. Kami takut untuk bersocial. Sehingga hari ini kami tiada kawan. Hidup kami berdua sehari hari hanya dirumah sahaja.
Saya tak tau bila lagi ibu start ada scandal. Mungkin sebelum bapa kahwin lain, atau selepas mengetahui kisah bapa. Yang pasti, saya mengetahui kisah scandal ibu saya ni pada tahun 2018.
Scandal ibu saya merupakan rakan sekolah. Mereka berjumpa ketika majlis alumni sekolah mereka.
Lebih mengejutkan saya ialah scandal ibu merupakan guru kepada adik adik saya. Dan juga seorang bapa kepada 5 orang anak serta seorang suami!
Saya terduduk ketika saya tahu pasal ni. Bermacam macam perkara dalam fikiran saya ketika itu. Kenapa? Kenapa ibu curang?
Baru beberapa hari yang lepas saya baca whatsapp ibu. Siap ber “abang sayang”. Ber video call lagi. Sedihnya saya ketika itu. Marahnya saya.
Untuk pengetahuan semua, ibu saya seorang yang bertudung labuh, pakai stokin lengkap menutup aurat, mengaji sehingga berpuluh kali khatam, tapi siapa sangka di sebalik semua tu ada sesuatu yang disorok.
Sejak saya tahu kisah ibu dan bapa saya, saya berubah 100 peratus. Kalau dulu saya hanya diam mengangguk, tak pernah membantah,
Tapi sejak 11 tahun yang lepas mulut saya laju menjawab setiap bicara mereka. Saya selalu memberontak. Siapa je yang taknak jadi anak yang baik. Siapa je yang taknak masuk syurga.
Saya tahu marah macam mana pun saya pada ibu bapa saya, saya tetap kena hormat mereka.
Tapi perasaan marah, pedih, sakit hati tu terlalu kuat sehingga saya terfikir untuk bunuh diri. Sebab saya gagal jadi anak dan kakak yang baik.
Kenapa saya tak tegur mereka? Sebab saya tak berpelajaran tinggi.
Saya pernah tegur mereka bila mereka buat silap. Tapi mereka tak layan. Kata mereka saya tak berhak beri teguran sebab saya tak belajar tinggi. Saya tak boleh menegur sebab saya tak bijak.
Sejak dari tu saya tak pernah tegur apa apa. Bila mereka buat silap, saya hanya diam memerhati.
Saya perasan sejak 11 tahun yang lepas, ibu asyik marahkan kami. Buat je silap sikit, terus melenting. Masa tu saya bersangka baik, mungkin ibu penat balik kerja. Jadi emosi tak stabil.
Saya tenangkan adik adik, saya hadap semua kata kata ibu. Adakah kesan dari scandal ini menjadi punca ibu selalu bad mood?
Semua saya pendam seorang diri. Hampir setiap hari saya menangis. Kenapa Allah turunkan ujian pada kami?
Kalau ibu dan bapa sudah tawar hati, bercerrai lah. Tak nak cerrai sebab pikir kami anak anak? Jangan risau kan kami, pandai kami jaga diri. Dari kecil lagi kami dah berdikari.
Apa yang patut saya buat? Serius saya penat. Penat bila saya kena pura pura buat tak tahu. Sakit hati bila tengok ibu dan bapa pura pura bahagia depan orang lain.
BACA:
Muhyiddin didakwa, ini 6 pertuduhan yang dikenakan keatas bekas PM
Majikan paling kedekut dalam dunia! Ingatkan terjadi di Zimbabwe rupanya di Malaysia, ini puncanya