Banyak nasihat Jho Low adalah ‘urgent’

Banyak nasihat Jho Low adalah ‘urgent’

Arahan Jho Low berkaitan 1MDB kadang-kadang tidak masuk akal, kata bekas ketua pegawai eksekutif syarikat (CEO) syarikat pelaburan negara itu Mohd Hazem Abdul Rahman.

Hazem, saksi kesepuluh pendakwaan, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa memberi keterangan berkaitan arahan hartawan dalam buruan itu melalui e-mel berkaitan pengurusan 1MDB.

Pada 8 Februari lalu, Hazem berkata Jho Low melalui e-mel kepadanya menguruskan 1MDB, terutamanya dalam urusan pelaburan.

Hazem hari ini memberikan keterangan lisan semasa perbicaraan rasuah RM2.28 melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Semasa pemeriksaan balas, ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah bertanya Hazem sama ada arahan Jho Low itu masuk akal atau tidak.

“Secara umumnya, nasihatnya ada kaitan dengan perkara yang perlu dilakukan dengan segera.

“Ada yang masuk akal dan ada yang tidak masuk akal, dari sudut pandangn kewangan,” katanya.

Hazem berkata dia dan Jho Low ada berbahas berkaitan perkara yang dianggapnya tidak masuk akal sama ada melalui Blackberry Messenger atau bersemuka.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/563014