Bantuan i-Suri KWSP RM480 untuk suri rumah dan ibu tunggal

Bantuan i-Suri KWSP RM480 untuk suri rumah dan ibu tunggal

Bantuan i-Suri KWSP RM480 untuk suri rumah dan ibu tunggal. Bayaran Bantuan i-Suri KWSP RM480 Bagi Suri Rumah & Ibu Tunggal B40

Berikut dikongsikan cara pembayaran bantuan i-Suri KWSP terkini dan maklumat lanjut serta semakan bantuan 2022 terkini.

CARA BAYARAN Bantuan i-Suri KWSP

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran:

Bantuan i-Suri KWSP RM480 untuk suri rumah dan ibu tunggal

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
  • Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
  • Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.

FAEDAH Bantuan i-Suri KWSP

Berikut dikongsikan faedah i-Suri KWSP:

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2500

Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
  2. KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  3. Belum mencapai umur 60 tahun
  4. Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?

  1. Diri sendiri (isteri)
  2. Suami kepada pasangan yang layak

Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN Bantuan i-Suri KWSP

Berikut dikongsikan syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  3. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  4. Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
  5. Belum mencapai umur 60 tahun.

CARA DAFTAR Bantuan i-Suri KWSP

Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:

  • MyKad
  • Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
  • Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)

MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda bolehlah layari laman web
https:www.kwsp.gov.my/

BACA:

‘Khemah besar’ : Ini pendirian terkini Pas

Hawa pakai seluar adik dia ke? Netizen kecam pemakaian pembaca berita muslimah

Ahli Kimia dedah rahsia cara cuci buah, sayuran dari racun yang betul

CATEGORIES