Bantuan awal persekolahan disamun di depan Maybank Semenyih

Oleh INFORAKYAT

Bantuan awal persekolahan disamun di depan Maybank Semenyih. Pihak Polis memaklumkan laporan kejadian telah dilapor pada 12.17 tengah hari, daripada lelaki berusia 50 tahun itu menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan.

Menurut Mohd Zaid lagi, “Siasatan awal polis mendapati mangsa telah mengeluarkan wang berkenaan daripada sebuah bank di Kampung Baru Semenyih kira-kira 10 pagi dan memasukkannya di dalam sebuah beg. Mangsa kemudian meletakkan beg berkenaan di tempat duduk penumpang hadapan keretanya,”.

Mangsa yang bertugas sebagai seorang Guru Besar di sebuah sekolah rendah di Semenyih, kemudian meninggalkan keretanya dan pergi ke kedai mamak untuk membeli minuman kerana dahaga.

Namun sekembalinya ke kereta lebih kurang 15 minit setelah memesan air, mangsa mendapati tingkap di sebelah kanan belakang penumpang telah dipecahkan dan beg yang berisi wang telah dicuri.

Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran.

Bantuan awal persekolahan disamun di depan Maybank Semenyih

Mangsa : Muhammad Yusri Bin Yusuf
No.K/P : 730924-02-5991
Jawatan : Pengetua SK RINCHING BERANANG
No.Pndftrn kenderaan : W3579X jenis Toyota Inova

Jumlah Wang Bantuan Awal Persekolahan Rm109350.00 untuk pelajar SK Rinching Beranang.

Kronologi
– Cikgu sampai di Maybank Pekan Semenyih jam 1010hrs bersendirian
– Selesai urusan dan ambil wang Bantuan lebih kurang jam1100hrs
– Pergi ke kenderaan yang diletakkan berhadapan bank jarak lebih kurang 30meter dan meletakkan wang bantuan dlm beg di bawah kerusi penumpang hadapan.
– Cikgu pergi tinggalkan kereta ke Kedai mamak RK Fatimah bersebelahan maybank untuk membeli air minum kerana dahaga.
– lebih kurang 15 minit pesan air dan patah balik ke kereta dapati cermin penumpang sebelah kanan belakang telah dipecahkan.

BACA: 

Petua kekalkan udang ‘fresh’ macam baru naik dari laut walaupun dah 6 bulan

Kakak Ira Kaza mula cerita hal sebenar, “acah-acah tersakiti..”