Banjir Pantai Timur makin teruk, Abang Viva kembali lagi untuk beraksi

Banjir Pantai Timur makin teruk, Abang Viva kembali lagi untuk beraksi. Abang Viva kembali beraksi, misi ke Terengganu bantu mangsa banjir. Lelaki yang mendapat jolokan nama ‘Abang Viva’ atau nama sebenar, Azwan Omar, kembali menjadi perhatian di media sosial dalam misi seterusnya ke Terengganu bagi membantu mangsa banjir susulan hujan berterusan di negeri terbabit.

Menerusi sebuah hantaran yang dikongsi oleh Viral Media Johor, memaparkan tangkap layar perbualan melalui direct message (DM) Instagram antara beliau bersama pengguna media sosial yang menyatakan beliau kini dalam persiapan untuk ke Terengganu bagi menyelamatkan mangsa banjir setelah beliau menerima maklumat ramai terperangkap sehingga ke atas bumbung dan memerlukan bantuan.

“Saya sudah membaca maklumat keadaan di Terengganu sekarang. Terima kasih atas makluman. Saya tengah bersiap untuk ke sana (Terengganu),” tulisnya.

Tangkap layar perbualan melalui DM Instagram menunjukkan perbualan ‘Abang Viva’ dan pengguna media sosial dalam misi ke Terengganu untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Banjir Pantai Timur makin teruk, Abang Viva kembali lagi untuk beraksi | Info Rakyat

“Terima Kasih Abang, sekarang Kampung Lubuk Paip, Kuala Berang, Terengganu, masih ramai terperangkap atas bumbung rumah, mereka memerlukan bot besar. Semoga perjalanan abang selamat dan dilindungi Allah,” kongsi pengguna media sosial tersebut.

Rata-rata orang ramai begitu rasa teruja dengan kehadiran ‘Abang Viva’ semula bagi membantu mangsa banjir di Terengganu dan mendokan segala urusan beliau dalam misi banjir kali ini dipermudahkan.

“Mantaplah Abang Viva. Selamat berjuang. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Utamakan keselamatan,” kata Mohd Zikrullah.

“Kekalkan saja dengan panggilan Abang Viva kerana dari situ dia mula dikenali. Semoga beliau selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan ketika misi membantu mangsa banjir di sana,” jelas Amy Hani pula.

“Jangan lupa bawa kelengkapan keselamatan. Semoga misi Abang Viva dipermudahkan urusan dan dapat membantu banyak mangsa banjir di sana. Terima Kasih atas jasa Abang Viva,” ujar Siti Mursidah.

TENGOK jUGA :

BACA JUGA :“Made in Janda Baik”, Fizo Omar suruh tengok video kejutan sampai habis

Penduduk panik tengok bentuk awan, muncul sebelum matahari terbenam

Ini kisah Klinik milik Tun Mahathir bantu orang tua yang ramai tidak tahu

CATEGORIES