Banjir : Cuti sekolah dilanjutkan, buka kembali 9 Januari

Sesi persekolahan bagi penggal 3 Tahun 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu daripada jadual asal ekoran musibah banjir.

ia diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam media sosialnya hari ini.

Banjir : Cuti sekolah dilanjutkan, buka kembali 9 Januari

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Sekolah yang sepatutnya dibuka 2 Januari 2022 akan kembali dibuka pada 9 Januari 2022 bagi negeri kumpulan A dan 10 Januari 2022 bagi negeri kumpulan B.

Menurutnya, KPM amat cakna dan prihatin dengan kebajikan para guru, murid-murid serta ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa.

BACA JUGA : NGO perlu salur sumbangan banjir ikut saluran yang betul – MB Kelantan
Isu Pengerusi MKN Selangor, ini jawapan padu dari MB

CATEGORIES