Netizen meluahkan rasa kurang senang selepas menemui akaun TikTok bekas banduan kes pembunuhan yang berlaku 23 tahun lalu, dikenali sebagai Abah Hayat.
Adakah dia bangga menulis ‘kerat 8’ di bio akaun TikToknya?
Kebanyakan netizen mendakwa Abah Hayat, atau nama sebenarnya Khairul Anuar, menunjukkan rasa bangga
Dan belum insaf atas perbuatan jenayah yang dilakukannya, meskipun sudah dibebaskan pada 3 Oktober lalu.
Kemarahan orang ramai semakin memuncak apabila bio di akaun TikToknya mencatatkan ayat ‘Kes Pembunuhan Kerat 8’ berserta emoji api.
Lebih mengejutkan, bekas banduan tersebut dilaporkan telah membuat siaran langsung di platform media sosial itu dan tidak segan menulis perkataan sedemikian di bio akunnya.
“Selepas kena kecam, baru dia tukar. Tak fikir langsung perasaan keluarga mangsa bunuh itu. Kalau dia diam-diam mulakan hidup baru, mungkin tak akan dihentam.”
Meninjau ruangan komen ciapan marah seorang pengguna di X, rata-rata netizen menyifatkan tindakan banduan tersebut tidak selari dengan kata-katanya mengenai penyesalan atas dosa melakukan pembunuhan, kerana kelakuannya menunjukkan seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku.
BACA: ‘Nasi Lemak ‘mendunia’, laku keras di pasar tani Hawaii tapi orang Malaysia tak boleh makan