Banduan paling lama dipenjara Sg Buloh akhirnya meninggal dunia

Banduan paling lama dipenjara Sg Buloh akhirnya meninggal dunia

Banduan paling lama dipenjara Sg Buloh akhirnya meninggal dunia. Bekas banduan yang dijatuhi hukuman paling lama Jamil Ahmad, 71, ditemui meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Kechil, Kuala Nerang, Kedah.

Jamil yang dikenali sebagai Pak Long Jamil pernah dipenjara 30 tahun, 11 bulan dan sembilan hari di Penjara Sungai Buloh sebelum dibebaskan pada 30 Okt 2006.

Dia dibebaskan selepas mendapat pengampunan Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Menurut anaknya, Muhammad Alif Irfan Jamil, 14, bapanya meninggal dunia pada 10 pagi tadi akibat serangan jantung.

“Ayah beritahu dia hendak hantar duit belanja harian kepada saya lepas Zuhur hari ini tapi saya terkejut apabila dimaklumkan ahli keluarga yang ayah meninggal dunia.

Banduan paling lama dipenjara Sg Buloh akhirnya meninggal dunia

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah,” katanya menurut Harian Metro.

Aliff berkata, kali terakhir dia dihubungi bapanya malam tadi dan Jamil memberitahu akan datang melawatnya di Pusat Tahfiz Futuhil U’lum di Jitra.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kechil 5 petang tadi.

Jamil sebelum ini dipenjara selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata di Baling, Kedah, pada 1976.

Selepas dibebaskan, Jamil menumpukan kerja kemasyarakatan termasuk memberi ceramah motivasi berkaitan nilai murni dalam kehidupan untuk generasi muda di sekolah, pusat pengajian dan pusat pemulihan.

Rakan baiknya, Badri Yaacob, 53, terkilan kerana tidak sempat menunaikan impian Jamil untuk mengadakan siri jelajah motivasi di sekolah sekitar Padang Terap yang dijangka bulan depan.

BACA:

Rayuan akhir Najib: Peguam gesa Hakim Nazlan disiasat kerana berat sebelah

Baby Shima gelek macam pelakon lucah, penonton jadi malu terus tertunduk

Fatin Afeefa menangis dalam live kena ejek leher berkerak oleh netizen

CATEGORIES