Balu isteri abam nampak ‘obvious’ lapar harta arwah mak mertua? Sekali peguam ini dedah cerita sebenar

Oleh INFORAKYAT

Balu isteri abam nampak ‘obvious’ lapar harta arwah mak mertua? Sekali peguam ini dedah cerita sebenar.

Bahang persengketaan balu Abam, Nur Hidayah Mohd Ali dan serta Ali Puteh nampaknya semakin menghangat bagaikan tiada kesudahan.

Bayaran saman fitnah sebanyak RM60,000 belum lagi terlunas, kini Ali seakan terduduk apabila menerima surat mahkamah memaklumkan rumah peninggalan Allahyarham ibunya, Sabariah Arshad bakal disita.

Balu isteri abam nampak 'obvious' lapar harta arwah mak mertua? Sekali peguam ini dedah cerita sebenar

BACA : Cakap Pandai, Bayar Saman Elak, Adik-Beradik Hidayah Kesal Sikap Ali Puteh

Kenapa kaitkan harta mak & dicampur adukkan dalam isu ini?

Komitmen hidup seperti keperluan menyara anak kecil menjadi punca Ali tidak mampu membayar RM60,000 secara lump sum. Namun itu bukan bermakna dia lari daripada menyelesaikan tuntutan berkenaan. Akan tetapi, pelawak ini sempat mempersoalkan tindakan drastik Hidayah yang melibatkan rumah ibunya dalam kemelut mereka berdua.

Secara sah di sisi undang-undang, rumah itu milik Ali & bukan lagi milik ibunya

@reinalum Replying to @si_sepet86 Konsep #hartapusaka ✌🏼 #aliputeh #norhidayah #abambocey #bocey #undangundangmalaysia #viralmalaysia #hutang ♬ original sound – Reina Lum

Bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat secara menyeluruh, bekas peguam, Reina Lum yang aktif menyebarkan ilmu perundangan di TikTok tampil memberikan penjelasan.

Jika diikutkan, orang yang sudah ‘tiada’ tidak boleh memiliki atau memegang sebarang harta. Justeru mengikut logik mahkamah dan faraid, rumah berkenaan sebenarnya sudah menjadi hak serta pendapatan Ali Puteh (future income).

Kalau harga rumah lebih RM60K, maka bakinya akan dipulangkan kepada pihak Ali…So, memang adil

Dari dasarnya mungkin Hidayah nampak seperti mahu rebutkan harta ibu mentua, hakikatnya semua yang berlaku ada kaitan dengan kegagalan pihak sana membayar RM60,000. Andai kata rumah berkenaan selesai disita sebagai cagaran, pihak Ali tetap berhak mendapat baki selebihnya (jika ada) selepas nilai keseluruhan ditolak dengan RM60,000 tadi