Balik tengok ibu sakit, ramai teruja tengok MK boleh jadi imam dan ngaji quran. Nama MK K-Clique bukanlah nama yang asing dalam kalangan anak muda sekarang ini di mana ramai yang cukup sukakan personaliti rapper ini. Memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi dan rapper, MK kini juga aktif di dalam bidang lakonan buat masa ini.
Baru-baru ini pula, rakaman yang dikongsikan oleh ahli keluarga MK mengenai rapper tersebut telah menjadi bualan ramai di media sosial. Malah ramai yang turut meluahkan rasa kagum melihat sisi lain MK yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Menerusi video yang dikongsikan ini, kakak kepada selebriti tersebut berkongsikan rakaman mereka pulang ke kampung di Sabah bagi melawat ibu mereka yang tidak sihat. Apa yang menarik perhatian ramai ialah gelagat MK semasa di rumah yang mengejutkan netizen.
Kelihatan MK yang sedang mengaji bersama-sama ahli keluarga yang lain dan sempat menjadi imam di dalam solat sekaligus membuatkan ramai yang kagum melihatnya. Turut dapat dilihat, MK yang memeriksa bacaan bersama ibunya yang turut sama duduk di sebelahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak menyangka di sebalik imej ‘bad boy’ yang dilihat selama ini terdapat sisi lain yang membuatkan ramai ‘cair’ melihatnya. Dalam masa yang sama, ramai yang turut kagum melihat MK yang tidak lupa tanggungjawab sebagai seorang anak.
“Speechless tengok MK. Betul lah we cannot judge a book by its cover.”
“Power lah MK…”
“MK bagi inspiration kepada semua anak muda agar sentiasa menjadi anak yang bertanggungjawab.”
“Hm ni lah idola para wanita, bad boy kat luar tapi kat dalam softboy + goodboy.”
BACA:
Kak KM nak anak rasa pengalaman hisap rokok, teruja tunjuk di media sosial
Respon lelaki sanggup kahwin gadis berat 100 KG dipuji
Rakaman pengembala diheret lembu sendiri tular di media sosial