Balai cerap jangka Hari Raya Haji disambut 9 Julai 2022. Ahli-ahli astronomi di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) meramalkan bahawa Hari Raya Aidiladha lebih cenderung jatuh pada hari Sabtu bersamaan 9 Julai 2022, lapor laman berita Gulf News.
Menurut Balai Cerap Angkasa Abu Dhabi, Balai Cerap Al Sadeem, anak bulan Islam diramalkan muncul pada Rabu, 29 Jun ini dan menandakan hari terakhir Zulkaedah.
Oleh itu, hari Khamis iaitu 30 Jun, akan menjadi hari pertama bulan Zulhijjah.
Maka, Jumaat bersamaan 8 Julai ini akan menjadi hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah.
Sehubungan itu, Aidiladha 2022 berkemungkinan besar akan disambut pada hari Sabtu, 9 Julai ini kerana ia disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun.
Umat Islam seluruh dunia melakukan ibadah haji pada bulan Zulhijjah dan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ke-10. – Agensi
BACA:
Timbalan Menteri dari Umno gesa Ismail Sabri pecat Tengku Zafrul
Buat bising dalam surau, pakcik tolak budak sampai jatuh tergolek buat netizen bengang
Lelaki dedah perangai sebenar B40 menyewa di apartment, ada yang sampai bela ayam