“Bakal suami mulut macam puaka, tinggal 2 minggu nak kahwin dia buat hal pula”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Berfikir masak-masak sebelum melangkah ke fasa seterusnya, bukan bab perkahwinan sahaja, malah sebelum bertunang kena fikir kebaikan dan keburukan.

Ini tidak, tetap teruskan bertunang walaupun hati tak berapa yakin dengan pasangan, bila duit dah habis untuk kahwin mulalah nak tarik diri.

Seorang wanita tidak tahu sama ada dia mahu teruskan perkahwinan dengan bakal suami

selepas melihat gaya cakap tidak bertapis malah sering bergaduh disebabkan mulutnya.

Sebulan lagi nak kahwin tapi saya dan tunang sama-sama tawar hari, banyak benda tak siap dan rasa malas nak buat.

“Bakal suami mulut macam puaka, tinggal 2 minggu nak kahwin dia buat hal pula"

Saya nak maklum keluarga cuma tak tahu macam mana, tunang saya ni baran benda kecil pun nak melenting dan sangat cerewet berbeza sangat dengan saya.

Maki hamun tu perkara biasa untuk tunang, dia hina saya bodoh sebab tak belajar tinggi macam dia dan tak kerja, hanya makan dan tidur katanya.

Sedangkan sebelum bertunang saya dah jujur saya tak sihat macam orang lain, ada sakit sampai tak boleh buat kerja berat.

Tunang sendiri suruh saya berhenti kerja tapi sekarang dia pula hina sebab benda tu, rasa tertekan sangat.

Hutang keliling pinggang, pinjaman peribadi dia sebelum kenal saya dah RM30k, dia buat pinjaman sebab nak kahwin tapi tak jadi.

Dia ni tak reti bab kewangan, nak kahwin tak lama lagi tapi habiskan duit dekat rumah sampaikan nak beli barang kahwin pun tak ada duit.

Semua gaji habis untuk bayar hutang spaylater lagi macam-macam, serabut sangat. Kalau dia lelaki yang jenis baik tak kisah nak hidup susah senang sebab dah sayang kan.

Tapi ini tak, mulut mcm puaka, gila, maki hamun tu dah macam benda biasa bagi dia, saya ni hari-hari nk hadap perangai melenting tak tentu pasal.

Bila tegur alasan penat sangat kerja, tapi sampai bila alasan yang sama, takkan lepas kawin kerja stress penat saya dijadikan tempat lepas baran tu.

Saya jadi takut nak kahwin sekarang, kalau dia hormat saya segala perselisihan faham boleh dibincang dengan baik tapi saya ni jadi tempat dia melepaskan marah pula.

RM25k dah bayar untuk dewan yang kami tempah, dia bayar semuanya tapi saya nak putuskan hubungan.

Kalau duit dia tak minta ganti kira syukur sangat tapi kalau minta saya akan usahakan perlahan-lahan, saya tak nak kahwin sebab rasa sedih lebih daripada bahagia.

Baca juga: Sultan Nazrin titah perangi GISBH hingga ke lubang cacing