Bakal mak mertua Shila Amzah meninggal dunia, rupanya ini penyakit yang jadi punca.
IBU kepada personaliti media sosial Ubai iaitu Rohani Jamal meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada pukul 6.45 petang, Ahad.
Berita sedih tersebut disahkan oleh Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisinya.
“Ya, ibu saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada 6.45 petang tadi.
Ibu Ubai didukung semasa majlis pertunangan bersama Shila Amzah.
“Saya ada bersama ibu di saat akhir… saya melawat petang tadi dan pada waktu itu juga ibu pergi,” katanya kepada mStar.
Jenazah akan dikebumikan di Bukit Tandang, Petaling Jaya, Selangor pada malam Ahad.
Pada Isnin lalu, Ubai memaklumkan ibunya ditidurkan selepas tahap kesihatannya tiba-tiba menurun selepas menjalani lima kitaran radioterapi.
Pada 8 Julai, ibu Ubai dimasukkan ke hospital PPUM susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim.
Kata Ubai, ibunya itu disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga dan sudah pun melakukan pembedahan membuang orgran berkenaan pada Januari lalu.
BACA; Pernah tak terfikir macam mana orang lumpuh kaki bawa kereta? Lelaki ini kongsi caranya